FacebookInstagramTwitterContact

 

BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Institusi keluarga mesti diperkukuh


Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned semasa menyampaikan Ceramah Perdana bertajuk 'Pengukuhan Institusi Keluarga' sempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan (HKK) 2016. | Foto: Mohd. Sahrizal Haji Said

 


 May 2nd, 2016  |  10:39 AM  |   1894 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ahad, 1 Mei. - Institusi keluarga itu wajar dan mesti diperkukuh kerana kalau tidak ia akan berantakan.

 

Perkara ini dinyatakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned semasa menyampaikan Ceramah Perdana bertajuk 'Pengukuhan Institusi Keluarga' sempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan (HKK) 2016 bertempat di Dewan Teater Utama, Bangunan Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini.

 

''Memang wajar institusi keluarga itu mesti diperkukuh, kerana kalau tidak, jawabnya ialah ''berantakan'', keluarga berantakan. Kita tidak tidak mahu keluarga berantakan. Lebih-lebih lagi Islam adalah tidak mahu keluarga berantakan,'' tegas Yang Berhormat lagi.

 

Menurut Yang Berhormat, keluarga berantakan adalah keluarga malang, tidak bernasib baik dan tidak berbahagia.

 

Katanya, kita semua sebenarnya, mengimpikan kebahagiaan, malah Islam sendiri pun telah menunjukkan jalan atau memberi panduan bagaimana kebahagiaan itu boleh dicapai.

 

Tetapi, katanya, kita cuai, tidak mengambil berat terhadapnya kerana kita lebih gemar memilih 'gaya' sendiri-sendiri, tanpa menghiraukan petunjuk atau panduan itu yang mana akan menjadikan kehidupan ini satu musibah dan keluarga berantakan.

 

Yang Berhormat menegaskan, Islam telah menunjukkan bagaimana membina keluarga, iaitu betul-betul seperti kita membina rumah, iaitu bermula dari tapaknya yang mana perlu kita cari tapak yang baik dan kemudian dilihat pula bahan-bahan binaanya.

 

''Maka demikian itulah juga dengan membina rumah tangga atau keluarga, tapak dan bahan, tidak boleh tidak, mesti diperinci,'' jelasnya lagi.

 

Tambahnya, tapak itu ialah pasangan suami isteri, iaitu wadah untuk melahirkan keturunan, dan keturunan itulah ibarat tumbuh-tumbuhan yang mana dari tapak yang baik akan tumbuh benih yang baik pula.

 

Terang Yang Berhormat, Islam sangat-sangat mengambil berat mengenai perkara memilih suami dan isteri kerana Islam mahu supaya pasangan-pasangan itu kekal berbahagia dan Islam mahu supaya keluarga atau rumah tangga yang dibina itu kukuh dan tidak berantakan.

 

Rumah tangga yang selamat dan berbahagia jelas Yang Berhormat, adalah rumah tangga yang tidak ada perang di dalamnya, yang tidak ada konfrantasi dan gelombang besar.

 

Menurut Yang Berhormat, perkara-perkara seperti ini berlaku kalau keluarga itu keluarga Islam yang mempunyai tipis akidahnya, iman dan pengangan agama yang lemah yang mana akan menjadikan rumah tangga mudah berantakan.

 

''Bagaimana tidak berantakan, kalau dalam rumah tangga itu misalnya, terdapat suami atau isteri yang curang? Atau terdapat suami yang tidak menunaikan tanggungjawabnya selaku suami? Berbulan-bulan malah bertahun-tahun tidak memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Malah bukan setakat tidak memberi nafkah sahaja, kadang-kadang sampai mendera : mendera mental dan fizikal isteri.''

 

''Biasanya, kalau sudah berlaku keadaan seperti ini, maka rumah tangga pun adalah sukar untuk dipertahankan lagi, ibarat bangunan yang dilanda gempa kuat, mula-mula bergoncang dan tidak lama kemudian akan renyap menyembah bumi,'' jelas Yang Berhormat lagi.

 

Rumah tangga yang runtuh tegasnya, bukan sahaja ia sendiri yang runtuh, bahkan kesannya juga boleh menimpa generasi-generasi yang ada juga akan turut terjejas dan jika mereka terjejas bermakna bangsa dan umat juga akan terjejas.

 

Menyentuh mengenai kes-kes penceraian di Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat menjelaskan, ia dilihat meningkat mendadak, iaitu dalam tahun 2014, hanya 259 kes penceraian telah dicatat berbanding tahun 2015 yang meningkat ke 524 kes.

 

Melihat gambaran mengenai peningkatan penceraian itu, pada hemat Yang Berhormat, kalau kita cuma asyik bersambut-sambutan atau berteori sahaja, dikhuatiri hasrat pengukuhan akan tinggal jadi mimpi indah sahaja.

 

Oleh itu, katanya, ke arah untuk betul-betul memperkukuh institusi keluarga itu, kita mestilah merancang dengan rancangan-rancangan yang praktikal, iaitu dengan memperbaiki keadaan, menumpukan usaha untuk mencegah peningkatan itu dari terus berlaku.

 

Ujarnya, kita sudah tahu institusi keluarga itu rapuh dan lemah, maka mari kita cari jalan untuk merawat kerapuhan itu.

 

Untuk mengubati penyakit ini, tegasnya, kita mestilah memakai ''cara ketuhanan'' yang mana tidak memadai dengan cara yang kita cipta sendiri-sendiri, seperti dengan hanya mengadakan acara-acara hari keluarga, berupa perkumpulan-perkumpulan ramai di antara keluarga, makan-minum sambil berkelah atau bersukan atau bernyanyi-nyanyi dan menari.

 

Katanya, bukan itu cara merawat penyakit masyarakat dan penyakit rumah tangga, tetapi kita diminta rujuk kepada Allah dengan memakai metode dan disiplin ketuhanan, iaitu dengan mengembangkan dakwah dan nasihat.

 

Menurutnya, bermacam-macam cara atau saluran dakwah dan nasihat bagi mengubati penyakit masyarakat dan keluarga itu, antaranya paling mustahak dan berkesan ialah dakwah melalui pendidikan.

 

Yang Berhormat seterusnya menjelaskan, anak-anak adalah juga berperanan sangat besar dalam rumah tangga yang mana peranan mereka yang paling mencabar dan malah wajib ialah berlaku ihsan terhadap kedua ibu bapa dan jangan menjadi anak derhaka kerana padah derhaka itu adalah amat buruk.

 

''Oleh itu, berusahalah kita supaya jangan sekali-kali terjebak kepada perbuatan derhaka. Perbuatan derhaka itu banyak, tidak terbatas hanya kepada mengikat atau menambat ibu bapa.

 

Mengikat atau menambat itu sudah sangat teruk, malah Al-Quran mengingatkan hanya setakat berkata-kata yang boleh menyinggung atau melukakan perasaan ibu bapa, walaupun sekadar perkataan ''ah!'' sahaja, apatah lagi menengking, semua itu sudah jadi derhaka jika dibuat,'' tegasnya lagi.

 

Anak-anak yang baik menurut Yang Berhormat, cukup berhati-hati mengawal diri mereka supaya tidak terjatuh ke dalam perangkap derhaka ini.

 

Yang Berhormat seterusnya memperingatkan bahawa doa ibu itu adalah hebat, makbul dan tidak ada lapisan atau dinding di antaranya dengan Allah.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Haniza Abdul Latif

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17