FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berangkat menziarahi jenazah YAM Pengiran Jaya Indera


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat menziarahi jenazah Allahyarham Yang Amat Mulia Pengiran Jaya Indera Pengiran Haji Mokhtar Puteh bin Pengiran Haji Rajid yang telah kembali ke rahmatullah. Berangkat sama ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri. | INFOFOTO

 


 May 2nd, 2016  |  10:41 AM  |   4190 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ahad, 1 Mei. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat menziarahi jenazah Allahyarham Yang Amat Mulia Pengiran Jaya Indera Pengiran Haji Mokhtar Puteh bin Pengiran Haji Rajid yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Sabtu, 23 Rejab 1437 Hijrah bersamaan 30 April 2016 Masihi, jam 7.40 malam ketika berusia 85 tahun.

 

Berangkat sama menziarahi jenazah Allahyarham di kediamannya di Kampung Telanai ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga bersama-sama menunaikan Sembahyang Jenazah Berjemaah yang diimamkan oleh Mufti Kerajaan Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Allahyarham Yang Amat Mulia dilahirkan pada 19 September 1930, di Kampung Kianggeh, Bandar Brunei (Bandar Seri Begawan) dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kajang, Pekan Brunei dari 1939 hingga 1942.

 

Selepas itu, Allahyarham Yang Amat Mulia meneruskan persekolahan di Sekolah Roman Catholic Mission School, Pekan Brunei.

 

Allahyarham Yang Amat Mulia pernah bertugas sebagai Pegawai Penyiaran dan Penerangan, Daerah Brunei dan Muara, kemudian dilantik sebagai Ketua Adat Istiadat Diraja Dalam Istana pada 8 Mei 1968 dan setelah itu bertugas di Pejabat Grand Chamberlain, Istana Darul Hana dengan jawatan yang sama pada tahun 1995.

 

Pada tahun 1956, Allahyarham Yang Amat Mulia merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Diraja dan pernah menjadi Naib Yang Di-Pertua Majlis Olimpik Kebangsaan Negeri Brunei.

 

Atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Allahyarham Yang Amat Mulia telah diangkat menjadi Cheteria Tambahan di Bawah Cheteria 16, 'Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana' pada 4 Mei 1968, dan dinaikkan pangkat gelaran kepada Cheteria 16, 'Pengiran Jaya Indera' pada 9 Mei 1996.

 

Selain dari itu, Allahyarham Yang Amat Mulia juga telah dikurniakan dengan beberapa Bintang Kebesaran dan Pingat Kehormatan, antaranya Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (Dato Laila Utama - D.K.) pada tahun 1972; Darjah Kerabat Seri Utama Yang Amat Dihormati (Dato Seri Utama - D.K.) pada tahun 1970; Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Kedua (Dato Setia - D.S.N.B.) pada tahun 1968; Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (Dato Paduka - D.P.M.B.) pada tahun 1968; Darjah Pahlawan Negara Brunei Yang Amat Perkasa Darjah Ketiga (P.N.B.) pada tahun 1963; Pingat Hassanal Bolkiah Sultan (P.H.B.S.) pada tahun 1968; Pingat Bakti Laila Ikhlas (P.B.L.I.) pada tahun 2008; Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) pada tahun 1968; Pingat Kerja Lama (P.K.L.) pada tahun 1967; Honorary Officer of The Most Excellent Order of the British Empire (C.V.O) pada tahun 1972; Honorary Member of The Royal Victorian Order (M.V.O) pada tahun 1992 dan Pingat Peringatan Jubli Perak – Selangor pada tahun 1987.

 

Selain itu, Allahyarham Yang Amat Mulia juga menerima Anugerah 'Pemimpin Belia Berjasa' semasa Majlis Belia Brunei pada 1 Ogos 2006.

 

Semasa hayatnya, Allahyarham Yang Amat Mulia bertanggungjawab memerhatikan usaha sesuatu penyelidikan bagi sesuatu perkara yang dianggap boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman negara serta mengadakan penyelidikan dan pengkajian mengenai masalah yang berkaitan dengannya untuk disembahmaklumkan kepada Sultan.

 

Di samping itu, Allahyarham Yang Amat Mulia juga aktif bersukan dan membuat kerja kebajikan.

 

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang-orang Islam Kilometer 6, Kampung Telanai.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Haniza Abdul Latif

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19