FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Festival Hari Belia tawarkan pelbagai produk


Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman / Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

 


 September 29th, 2017  |  13:11 PM  |   783 views

Bandar Seri Begawan

 

 

 

Lebih 80 usahawan belia Brunei menawarkan produk masing-masing pada Festival Hari Belia 2017 yang bermula hari ini sehingga 1 Oktober 2017.

 

Festival Hari Belia 2017 yang diadakan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah itu juga menawarkan para pengunjung dengan pelbagai aktiviti menarik di sepanjang empat hari ianya diadakan, antaranya Bicara Keusahawanan, Ceramah Khas Belia, Klinik Al-Fatihah, Klinik Penyempurnaan Solat, Pertandingan 'Choral Speaking', Malam Seni dan Kebudayaan dan lain-lain.

 

Perasmiannya disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

 

Pengasas Battle Pro Marketing and Management Services, Haji Syed Mohd Yassin bin Haji Syed Anyatullah Shah dalam ucapan alu-aluannya berkata, festival ini adalah bersempenakan dengan Sambutan Hari Belia Kebangsaan yang disambut setiap 1 Ogos.

 

Festival ini juga jelasnya, bukan sahaja menjadi platform untuk belia-belia membuat pertunjukan atau persembahan dari segi keagamaan, kebudayaan, kemasyarakatan dan kesukanan, malah ia sebagai platform untuk melatih dan memberikan peluang kepada para belia untuk menjadi usahawan dengan menyertai petak jualan yang disediakan pada kadar yang sangat minimal.

 

''Ruang dan peluang yang dicipta ini diharapkan akan dapat melahirkan lebih ramai usahawan belia yang berdaya usaha dan mengurangkan sedikit sebanyak jumlah pengangguran di negara kita,'' tambahnya.

 

Sejurus pelancaran, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan seterusnya menyaksikan persembahan multimedia dan kemudian mengunjungi Pameran Hari Terbuka Belia dan petak-petak jualan di festival tersebut.

 

Festival berkenaan merupakan kali ke-3 diadakan yang dianjurkan oleh Battle Pro MMS dan dibukakan bagi kunjungan orang ramai dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari kecuali hari Jumaat yang bermula pada jam 2.00 petang.

 

Maklumat lanjut dan info terkini, bolehlah melayari laman Facebook dan Instagram Battle Pro MMS dan 'AkuManang.com'.

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54