Home > Bahasa Melayu
Majlis Resepsi sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah DYMM Menaiki Takhta
Siaran Akhbar dan Foto : Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di Kuala Lumpur, Malaysia
October 10th, 2017 | 12:23 PM | 976 views
KUALA LUMPUR, MALAYSIA
Majlis Resepsi sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta telah berlangsung di Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur pada 6 Oktober 2017.
Antara yang hadir ialah Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku tetamu kehormat majlis dan Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah serta kerabat diraja Selangor dan tetamu-tetamu yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di Kuala Lumpur; ahli-ahli ABDB dan penuntut-penuntut Brunei di Malaysia serta beberapa pegawai kanan Wisma Putra, Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Istana Negara dan beberapa Ketua Perwakilan Asing.
Majlis diserikan dengan beberapa persembahan tarian tradisional Brunei dan persembahan puisi yang disampaikan oleh penuntut-penuntut Brunei di Malaysia serta tayangan klip video Istiadat Pertabalan Diraja.
Turut diadakan pada majlis tersebut, mini pameran yang memaparkan foto-foto bersejarah Kebawah Duli Yang Maha Mulia, barang-barang kesenian serta kraf tangan dan barang-barang purba juga dipamerkan.
Terdahulu, Majlis Doa Kesyukuran dan membaca Surah Al-Waqi’ah dan Surah Al-Mulk serta Solat Hajat Berjemaah sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah DYMM bersama pegawai-pegawai Suruhanjaya Tinggi serta keluarga dan penuntut-penuntut Brunei di Malaysia telah diadakan pada 4 Oktober 2017 di Rumah Seri Brunei, Kuala Lumpur.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]