FacebookInstagramTwitterContact

 

China Focus: Ice, Snow Fire Up Economy Of China's Winter Wonderland           >>           U.S. To Sell F-35 Jets To Belgium For 6.53 bln USD            >>           Oil Market To See Strong Growth In 2018: Business Executive           >>           World Champions Sui/Han Withdraws From Four Continents Figure Skating Championships           >>           Chelsea's Misguided Striker Targets Are A Bad Sign For Antonio Conte           >>           Chelsea Pursue Roma Teammates Edin Dzeko And Emerson Palmieri           >>           W2W4: Who Makes Way For Sanchez At United? Chelsea's Goal Struggles           >>           Atletico Madrid And La Liga Have Missed The Fiery, Furious Diego Costa           >>           This Week in Parliament (Jan. 15-19)           >>           Integration Key To Total Rehabilitation Of Citarum River, Says Jokowi           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events


The Incredibles 5Km Fun Run
January 7th, 2018 | 00:00 AM


KIDS PANCAKE MAKING & DECORATING CLASS
January 21st, 2018 | 14:00 PM


THE 1 NATION FREE WORKOUT
January 21st, 2018 | 17:00 PM


20th Consumer Fair
January 24th, 2018 | 00:00 AM


Mazalina Wedding Expo
January 26th, 2018 | 00:00 AM





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:03AM

Subuh

: 05:13AM

Syuruk

: 06:35AM

Doha

: 06:58AM

Zohor

: 12:32PM

Asar

: 03:54PM

Maghrib

: 06:27PM

Isyak

: 07:41PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berkenan berangkat merasmikan Mahrajan Hafl Al-Takharruj UNISSA


Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad / Foto : Masri Osman

 


 October 10th, 2017  |  12:24 PM  |   375 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Pro-Canselor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Mahrajan Hafl Al-Takharruj atau Pesta Konvo UNISSA Ke-7 hari ini.

 

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas dijunjung oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, selaku Pengerusi Majlis UNISSA; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, selaku Timbalan Pengerusi Majlis UNISSA; dan Rektor UNISSA, Dr. Awang Haji Norarfan bin Haji Zainal, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Mahrajan Hafl Al-Takharruj Ke-7 UNISSA.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa yang dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal.

 

Duli Yang Teramat Mulia berkenan mengurniakan sabda perasmian bagi Mahrajan Hafl Al-Takharruj Ke-7 UNISSA.

 

DYTM kemudian dijunjung berangkat menyaksikan galeri pameran di Dewan Persidangan Utama yang memaparkan pelaksanaan undang-undang syariah yang berkuat kuasa di Negara Brunei Darussalam.

 

Sambutan Mahrajan pada kali ini diungkayahkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Fakulti Syariah dan Undang-Undang.

 

DYTM seterusnya berkenan melancarkan 30 buah buku terbaharu terbitan UNISSA yang mana 25 naskhah merupakan terbitan buku iaitu 12 judul dalam bahasa Melayu, 10 judul dalam bahasa Arab dan tiga judul dalam bahasa Inggeris, manakala empat terbitan merupakan jurnal dan sebuah Monograf Bersiri al-Shafi’i.

 

Buku-buku tersebut dihasrat untuk dijadikan bahan ilmiah dan sumber rujukan kepada masyarakat awam khususnya para pengkaji bidang akademik.

 

Ia adalah hasil penulisan dan penyelidikan pensyarah UNISSA dan ahli akademik dari luar yang akan memperkayakan lagi bahan bacaan para pelajar dan masyarakat awam.

 

Persembahan ‘Mock Court’ atau Mahkamah Olok-Olok antara yang diketengahkan pada Mahrajan kali ini yang merupakan latihan praktikal yang diwajibkan kepada semua pelajar Sarjana Muda Undang-Undang dan Sarjana Muda Perundangan Syariah UNISSA.

 

DYTM seterusnya dijunjung untuk menandatangani Lembaran Kenangan Pusat Penyelidikan Halalan Tayyiban (PPHT).

 

Pusat tersebut baru sahaja ditubuhkan dan telah memulakan program pengajian pada bulan Ogos tahun ini.

 

DYTM juga berkenan berangkat menyaksikan galeri pameran yang disertai oleh beberapa buah jabatan dan bahagian di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) iaitu Unit Perundangan Islam, Bahagian Kawalan Makanan Halal, Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga, Bahagian Penguatkuasa Ugama dan Bahagian Pendakwaan Syarie.

 

Juga menyertai pameran, Pejabat Peguam Negara dan Mahkamah Syariah, yang mana keduanya adalah di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Jabatan Penjara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN).

 

Pada majlis itu, DYTM berkenan menerima pesambah berupa Dacing (Replika Timbangan) diperbuat daripada tembaga.

 

Pesambah merupakan simbolik kepada maksud tema Mahrajan Hafl Al-Takharruj Ke-7 iaitu ‘Syariah Memperkasa Generasi Progresif dan Dinamik’.

 

Mahrajan Hafl Al-Takharruj UNISSA tersebut diadakan sehingga 15 Oktober bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang kecuali pada Jumaat, ditutup pada pukul 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang.

 

Pelbagai program dan aktiviti disusun seperti Forum Perundangan ‘Jenayah Siber’, Forum Tibb Nabawi, Forum Halal, Peraduan ‘Do You Know Your Law’, Pertandingan ‘Client Counseling’ dan termasuk juga Klinik Perundangan dan Klinik Halal / Zakat.

 

Mahrajan Hafl Al-Takharruj dianjurkan bagi memeriahkan lagi Majlis Hafl Al-Takharruj atau Majlis Konvokesyen UNISSA yang dijadualkan akan berlangsung pada 16 Oktober ini.

 

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Sabahans’ Rights Guaranteed By Constitution – Pm

 2018-01-20 09:04:26

VPakistan Zainab Murder: DNA Suggests Suspect In Other Case Was 'Innocent'

 2018-01-20 09:14:31

MSCI Says South Korea May Harm Stock Market With Tax Plan

 2018-01-20 11:18:14