Home > Bahasa Melayu
Rumah terbakar, tiada kecederaan dilaporkan
October 11th, 2017 | 09:38 AM | 710 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sebuah rumah jenis dua tingkat hangus terbakar pada malam kelmarin di Kampung Bebatik Kulapis, tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Menurut Siaran Akhbar Jabatan Bomba dan Penyelamat, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.44 malam dan mengerahkan sebuah jentera dari Balai Bomba Pengkalan Batu dan Balai Bomba Jerudong ke tempat kejadian dengan 17 anggota yang diketuai oleh DSO, Awang Aliman bin Haji Salleh.
Sejurus anggota JBP tiba di tempat kejadian, api besar membakar rumah tersebut lalu merebak ke rumah berdekatan jenis banglo berdinding konkrit, iaitu pada sebahagian rumah berkenaan.
Anggota JBP bertindak memakai alat bantu pernafasan dan mengambil air dari pili-pili bomba berdekatan lalu menggunakan enam jet untuk memadamkan kebakaran dan api dapat dipadamkan lebih kurang satu jam.
Pemilik rumah ialah seorang perempuan warganegara Brunei bersama 13 penghuni.
Rumah tersebut diperbuat dari dinding kayu (tingkat atas) dan dinding konkrit (tingkat bawah), di mana punca dan kerugian masih dalam siasatan.
Jika berlaku sebarang insiden kecemasan, orang ramai dinasihatkan berhubung terus ke pusat gerakan JBP melalui talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]