FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating An Avocado Every Day Dramatically Reduces Your Risk Of Metabolic Syndrome           >>           The Mighty BLUEBERRY, A Superfruit With Anticancer Properties           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Ray-Ban Meta smart glasses do the AI thing without a projector or subscription           >>           Senate passes bill that could ban TikTok           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits           >>           Inter Miami Signs Paraguay Midfielder Matías Rojas           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Jasa mantan guru dihargai


 


 October 11th, 2017  |  09:39 AM  |   797 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Lebih 150 mantan penuntut Pengambilan Pertama Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SMJA)  Aliran Inggeris 1975 – 1978 mengadakan pertemuan dan sua muka bersama mantan guru-guru yang ditemui dalam satu majlis yang julung kali diadakan di Restaurant Mangrove, Paradise Resort pada hari Ahad, 8 Oktober 2017 lepas.

 

Seramai 20 orang mantan guru-guru  dijemput khas hadir di majlis tersebut.

 

Pengerusi selaku Ketua Ahli Jawatankuasa Kerja majlis, Awang Md. Serudin bin Haji Tuah dalam ucapan alu-aluannya, melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan izin-Nya jua telah dapat mengungkayahkan majlis tersebut bagi tujuan untuk menjalin semula hubungan silaturahim, yang sudah sekian lama terputus dengan mantan guru-guru yang pernah mengajar di sekolah berkenaan iaitu kira-kira 40 tahun yang lalu.

 

Sebahagian daripada mantan guru-guru tidak pernah bersua muka setelah menamatkan Tingkatan 3 pada tahun 1977 dan 1978.

 

Beliau menjelaskan bahawa Alumni penuntut-penuntut pengambilan pertama aliran Inggeris Sekolah Menengah SMJA 1975 telah ditubuhkan pada 15 Mei 2016 dan telah dapat mengumpulkan ahli-ahlinya seramai 147 orang.

 

Tambahnya, berkat kesabaran dan kegigihan guru-guru yang mendidik mereka, telah membawa kejayaan bagi kebanyakan pelajar dalam tahun tersebut dan  telah berjaya ke menara gading, serta menjawat jawatan tinggi dalam perkhidmatan kerajaan di samping ada yang menjadi guru sebagai bidang kerjaya bagi meneruskan usaha dan menyambung bakti dalam memberikan pendidikan dan pembelajaran kepada penuntut-penuntut di generasi seterusnya.

 

Terdahulu, majlis pada petang itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Ustaz Haji Saiful Bahri bin Haji Ahmad dan seterusnya dikir marhaban bagi meraikan mantan penuntut-penuntut yang telah kembali ke tanah air setelah selesai menunaikan fardu haji tahun ini.

 

Majlis juga telah diselajurkan dengan penyampaian cenderahati kepada mantan guru-guru yang mana telah disempurnakan oleh Penasihat I dan mantan Pegawai Daerah Belait, Awang Haji Haris bin Othman.

 

Sementara, penyampaian cenderahati kepada mantan guru-guru di kalangan Almuni penuntut-penuntut tersebut disampaikan mantan guru, Awang Haji Dua bin Haji Garif.

 

Di samping itu penyampaian sumbangan derma bagi ahli-ahli keluarga mantan penuntut-penuntut yang telah kembali ke rahmatullah juga telah disumbangkan dalam majlis ini yang telah disempurnakan oleh Awang Haji Abdurahman bin Haji Nasir selaku Penasihat II dan Penghulu Mukim Labu.

 

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar beramai.

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39