FacebookInstagramTwitterContact

 

Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


The Earl dan Countess of Wessex berkenan melawat Angkatan Tentera British, Seria


 


 October 11th, 2017  |  09:41 AM  |   1146 views

SERIA

 

His Royal Highness Prince Edward, The Earl of Wessex dan Her Royal Highness Princess Sophie, The Countess of Wessex berada di Negara Brunei Darussalam selaku Wakil Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen Elizabeth II of the United Kingdom of Great Britain dan Northern Ireland bagi menghadiri Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta.

 

Menurut Siaran Akhbar Suruhanjaya Tinggi British di sini, semasa berada di negara ini, His Royal Highness Prince Edward, The Earl of Wessex dan Her Royal Highness Princess Sophie, The Countess of Wessex berkenan mengambil kesempatan untuk melawat Angkatan Tentera British di NBD; beramah mesra bersama para pegawai serta kakitangan perkhidmatan juga keluarga mereka yang berpusat di Seria dan menyaksikan latihan di hutan serta mencuba kari Gurkha.

 

Angkatan Tentera British di negara ini merangkumi Gurkha Light Infantry Battalion; 2nd Battalion Royal Gurkha Rifles; 7 Flight Army Air Corps bersama tiga helikopter Bell 212 dan Jungle Warfare Division. Secara berasingan, seramai 30 UK Loan Service Officers dan Senior Non Commissioned Officers bekerja dalam pelbagai pelantikan utama dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

 

Keberangkatan The Earl dan Countess of Wessex di Ibu Pejabat Angkatan Tentera British disambut dengan Kawalan Kehormatan dan The Earl dan Countess of Wessex juga berkenan menerima kalungan Mala daripada Kommander Leftenan Kolonel Jamie Murray dan isteri, Susan sebagai sambutan tradisi Gurkha.

 

The Earl dan Countess of Wessex kemudian berkenan melawat Sekolah Hornbill yang dibuka secara rasmi oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah pada tahun 2005, di mana sekolah berkenaan menyediakan pendidikan rendah untuk lebih 320 kanak-kanak British dan Nepal daripada keluarga ketenteraan serta awam Inggeris yang berkhidmat di negara ini.

 

Pada kesempatan tersebut, The Earl dan Countess of Wessex berkenan mengambil bahagian dalam pelbagai kegiatan seperti seni, drama dan IT bersama dengan para murid yang berusia di antara 3 - 11 tahun.

 

The Earl dan Countess of Wessex juga berkenan beramah mesra bersama para ibu bapa, guru dan kakitangan sokongan serta berkenan merasmikan taman permainan baharu.

 

Sejurus itu, The Earl dan Countess of Wessex kemudiannya diterbangkan ke dalam hutan hujan tebal dengan menaiki dua buah helikopter dari 7 Flight Army Air Corps dan seterusnya melengkapkan diri berdua dengan kukris, sejenis pisau pertempuran Gurkha yang terkenal dan menjejakkan kaki mereka dalam semak tebal dengan dipandu oleh askar dari Batalion Ke-2 The Royal Gurkha Rifles (RGR).

 

The Earl dan Countess of Wessex pertama kali ditunjukkan bagaimana peronda Gurkha boleh menjejaki musuh di dalam hutan melalui gabungan tapak kaki dan lain-lain tanda-tanda seperti daun-daun yang terkacau (disturbed leaves) dan ranting patah.

 

The Earl dan Countess of Wessex kemudian berkenan berjalan di jalan sempit dan berbatu sebelum berkenan melihat bagaimana pasukan Gurkha dapat bertahan di hutan dengan memerangkap haiwan liar dan burung, membina tempat perlindungan dan mencari serta menapis air minuman dan lawatan hutan diraja diakhiri dengan demonstrasi masakan lapangan.

 

Seterusnya, The Earl dan Countess of Wessex berkenan memetik buah dari pokok-pokok berhampiran, merasai kari Gurkha dan beramah mesra bersama para tentera Nepal tentang pengalaman mereka berkhidmat dengan 2RGR. Ini termasuk lapan lawatan mereka ke Afghanistan di antara 2003 dan 2016 serta operasi-operasi lain seperti Sierra Leone, Bosnia, Kosovo dan Timor Timur.

 

Semasa santap tengah hari, The Earl dan Countess of Wessex berkenan disembahkenalkan kepada tentera-tentera dari Batalion Ketiga Angkatan Tentera Darat Diraja Brunei yang kerap berlatih bersama rakan-rakan Gurkha mereka.

 

Angkatan Tentera British di NBD bekerja rapat dengan ABDB dan secara rutin menjalankan latihan bersama daripada individu ke peringkat unit. Pada Mac 2017, mereka pernah menganjurkan Simposium Perang Serantau dengan perwakilan dari tujuh negara anggota ASEAN, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat.

 

Dalam penerbangan pulang dari hutan, The Earl dan Countess of Wessex diiringi oleh sebuah helikopter Blackhawk dari Tentera Udara Diraja Brunei dan dijunjung oleh Komander TUDB, Brigadier Jeneral (U) Dato Shahril Anwar bin Haji Ma'awiah sejurus berangkat tiba di Pangkalan Tentera Udara Rimba.

 

Kapten Ranjan Badgami dari Batalion Ke-2, Royal Gurkha Rifles berkata : "Ia adalah satu keistimewaan untuk bertemu bersama The Earl dan Countess of Wessex dan menyembah terangkan serba-sedikit kepada The Earl dan Countess of Wessex tentang bagaimana kami boleh bertahan dan hidup di dalam hutan. Kami diajar bagaimana untuk membina tempat perlindungan dan mencari makanan serta air di hutan. Para tentera saya berbesar hati untuk mengongsikan kemahiran tersebut kepada Tentera British serta mempelajari sesuatu yang baharu kerana kami meneruskan perkhidmatan nenek moyang kami yang telah berkhidmat bersama kerajaan British sejak 200 tahun."

 

Komander Angkatan Tentera British di NBD, Leftenan Kolonel Jamie Murray RGR pula berkata, "Kami amat berbangga kerana dapat menjadi tuan rumah bagi The Earl dan Countess of Wessex hari ini. Hubungan pertahanan di antara UK - Brunei adalah rapat, kuat dan berkekalan seperti yang ditunjukkan menerusi lawatan ini. Sebagai satu-satunya kehadiran ketenteraan Inggeris yang kekal di rantau Asia Pasifik, ia menjadi rangsangan yang nyata kepada pasukan garison dan komuniti ketenteraan yang lebih luas untuk menjadi tuan rumah The Earl dan Countess of Wessex."

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17