Home > Bahasa Melayu
Pilih Islam sebagai pegangan
October 14th, 2017 | 09:23 AM | 608 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang lelaki bangsa China telah memilih Islam sebagai agama baharunya, setelah melafazkan dua kalimah syahadah pada Majlis Pengislaman yang berlangsung di rumah Awang Haji Suhaili bin Ahmad, di Kampung Tungku Gadong di sini, hari ini.
Dengan pengislaman itu, Jumadi Bun, 40 tahun dari Indonesia kini dikenali dengan nama Islamnya sebagai Awang Muhammad Alim Shah bin Abdullah.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, disusuli acara pengislaman dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada saudara baharu.
Dengan pengislaman tersebut, Awang Muhammad Alim Shah telah menambahkan bilangan saudara baharu sejak awal Januari hingga hari ini.
Menurut Pusat Dakwah Islamiah, setiap mualaf yang baru memeluk agama Islam dikehendaki menyertai kursus yang dianjurkan oleh pusat berkenaan, iaitu Kursus Bimbingan Pengenalan selama 10 hari dan Kursus Skim Bimbingan Asas selama 14 hari di Bahagian Dakwah Daerah Belait kemudian Kursus Bimbingan Lanjut 1 dan 2 diadakan secara berasrama di Pusat Dakwah Islamiah Kampung Pulaie, Daerah Brunei dan Muara.
Source:
@BRUDIRECT.COM
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]