Home > Bahasa Melayu
SUAMPRIPAHS adakan Majlis Doa Kesyukuran
Siaran Akhbar dan Foto : Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha
October 14th, 2017 | 09:23 AM | 659 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (SUAMPRIPAHS) kelmarin mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.
Menurut Siaran Akhbar SUAMPRIPAHS, majlis diadakan di Surau SUAMRIPAHS, dihadiri oleh Pemangku Penolong Pengarah Profesional, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dayang Hajah Norjarah binti Haji Ludin, selaku tetamu kehormat majlis.
Juga hadir ialah bekas pelajar-pelajar Sekolah Menengah Arab Raja Isteri Anak Damit (SMARIAD) dari tahun 1967 hingga 1969, pegawai-pegawai dari JPI, tenaga-tenaga pengajar SUAMPRIPAHS serta para pelajar Tahun 8 dan penuntut-penuntut asrama sekolah berkenaan.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh tetamu kehormat.
Persembahan bacaan Al-Quran serta inti sarinya daripada pelajar tahun 9 dan 10, bacaan Surah Yaa Siin yang dipimpin oleh Awang Haji Rosman bin Haji Jair; Doa Kesyukuran sempena Sambutan Puja Usia Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha yang dibacakan oleh Pengiran Haji Mohammad Norhadi bin Pengiran Haji Bongsu dan Doa Allah Peliharakan Sultan dibacakan oleh Awang Mohammad Faizul Azuwan bin Haji Ahim menyerikan lagi majlis berkenaan.
Pada majlis tersebut, tetamu kehormat serta para jemputan khas menerima cenderahati seterusnya sesi bergambar ramai dan membuat lawatan ke mini pameran dan aktiviti juga ke Jabatan Bahasa Inggeris.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]