Home > Bahasa Melayu
Doa Kesyukuran sempena puja usia Kebawah DYMM Raja Isteri
Berita dan Foto : Hernie Suliana Haji Othman
October 14th, 2017 | 09:24 AM | 537 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sebagai aktiviti persatuan sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta, ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan di bangunan Ibu Pejabat PPPBD.
Seramai 30 ahli Pemimpin Muda PPPBD yang terdiri daripada mahasiswi dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) telah menyelesaikan bacaan masing-masing untuk melengkapkan kesemua 30 juzuk Al-Quran, di antaranya sebagai memupuk budaya membaca Al-Quran di kalangan ahli persatuan dan mendidik ahli-ahli dari aspek kerohanian.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah diimamkan oleh ahli PPPBD KUPU SB, Dayang Shaliha binti Suili diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan Majlis Khatam Al-Quran Bahagian Pemimpin Muda PPPBD dan Doa Khatam dipimpin oleh mahasiswi-mahasiswi KUPU SB.
Acara diteruskan dengan bacaan Doa Kesyukuran Khas sempena Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Penaung Diraja PPPBD, dibacakan oleh Dayang Liayana Zamriah binti Rosli.
Hadir pada majlis tersebut, Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Dayang Hajah Siti Hafsah binti Haji Abdul Halim; Timbalan Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Dayang Hajah Viviyanti binti Haji Ali; Penolong-penolong Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Pesuruhjaya-pesuruhjaya PPPBD, serta ahli-ahli PPPBD yang lain.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]