FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sama berperanan memulihara biologi tropika


Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani / Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

 


 October 17th, 2017  |  09:34 AM  |   609 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 

 Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman yakin, Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Biologi Tropika (SEAMEO BIOTROP) memainkan peranan penting dalam menyediakan pengetahuan saintifik dan pembinaan keupayaan dalam memulihara dan mengurus biologi tropika yang mampan untuk kesejahteraan masyarakat dan persekitaran Asia Tenggara.

 

Yang Berhormat juga percaya bahawa Brunei Darussalam boleh menyumbang ke arah merealisasikan visi dan misi SEAMEO BIOTROP.

 

''Negara Brunei Darussalam mempunyai kekayaan semula jadi. Ini adalah sumber dan warisan, yang merupakan pendekatan khusus untuk penyelidikan, pemahaman dan dokumentasi, dan pemuliharaan dan pengurusan yang berterusan,'' ujar Yang Berhormat semasa merasmikan Mesyuarat Lembaga Pengarah SEAMEO BIOTROP Ke-55 bertempat di Hotel Centrepoint, Gadong, di sini.

 

Menurut Yang Berhormat, institusi pendidikan tinggi mempunyai keupayaan pengetahuan terkini dan amalan terbaik dalam biologi tropika, khususnya Universiti Brunei Darussalam (UBD), malah, UBD mengenal pasti Penyelidikan Biodiversiti sebagai salah satu fokus penyelidikannya dengan matlamat untuk menyumbang ke arah pemanfaatan dan pemuliharaan biodiversiti dan ekosistem tropika.

 

Di bawah Institut Penyelidikan Biodiversiti dan Alam Sekitar UBD (IBER) jelas Yang Berhormat, ia mempunyai Pusat Penyelidikan Lapangan bertaraf dunia di Kuala Belalong, yang telah menjalankan penyelidikan dan kerjasama yang inovatif dan canggih dengan para saintis dan institut pengajian tinggi yang terkenal di peringkat antarabangsa.

 

Selain penyelidikan tambah Yang Berhormat, pusat ini juga menyediakan peluang yang tiada tandingan bagi latihan berasaskan bidang dan menawarkan program pendidikan alam sekitar yang lebih berjaya untuk anak-anak sekolah menengah dan lulusan tempatan dan antarabangsa.

 

Terdahulu, Yang Berhormat dalam ucapannya juga difahamkan bahawa Lembaga Pengarah SEAMEO BIOTROP mempunyai mandat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang memberi penekanan kepada sumber manusia di Asia Tenggara.

 

Jelas Yang Berhormat lagi, aktiviti-aktiviti sedemikian termasuk penyelidikan, latihan, rangkaian, dan penyebaran maklumat dalam biologi tropika melalui pertukaran kakitangan, yang tertumpu pada dua teras, iaitu biologi tropika untuk kebajikan masyarakat dan integriti alam sekitar tropika biologi yang mana ia menyumbang dalam menangani masalah kemiskinan dan perubahan iklim di Asia Tenggara dan sekitarnya.

 

Mesyuarat yang dijalankan selama tiga hari bermula hari ini hingga 18 Oktober itu, merupakan aktiviti tahunan di mana ahli lembaganya mewakili 11 negara anggota SEAMEO, membincangkan dan memberi panduan kepada operasi dan pelaksanaan mandat pusat dan aktiviti berkaitan.

 

Hadir pada mesyuarat tersebut ialah Ahli-ahli Lembaga Pengarah dan beberapa wakil dari 10 negara anggota SEAMEO dan Timbalan Pengarah Sekretariat SEAMEO bagi Pentadbiran dan Komunikasi serta duta-duta negara-negara anggota SEAMEO ke Brunei Darussalam dan wakil-wakil dari Kementerian Pendidikan.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10