FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


UNISSA mercu tanda kegemilangan Islam


​Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid / Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Hamzah Mohidin, Mohd. Sharizal Haji Said, Azmah Haji Ahad

 


 October 17th, 2017  |  09:37 AM  |   1055 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor UBD bertitah melahirkan harapan agar Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) terus menyerlah selaku mercu tanda kegemilangan Islam di negara ini, sesuai dengan usianya yang semakin matang.

 

UNISSA pada tahun ini telah meraikan usianya yang kesepuluh tahun. Di sepanjang tempoh tersebut UNISSA telah meraih banyak pencapaian sebagaimana dihasratkan.

 

Baginda bertitah pada Majlis Hafl Al-Takharruj Ke-7 UNISSA yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas hari ini, Kebawah DYMM seterusnya bertitah, UNISSA perlu terus berkembang sejajar dengan perkembangan dan keperluan semasa.

 

Dalam titah baginda juga turut melahirkan kegembiraan di mana Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat UNISSA yang memulakan operasinya tahun ini akan mampu untuk jadi pemangkin kepada pengayaan ilmu dan pemerkasaan kemahiran bagi semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

 

Di samping itu, titah baginda, pusat ini juga tentu berupaya untuk memantapkan lagi profesionalisme penjawat awam dengan menawarkan pelbagai kursus kepada mereka.

 

Dalam perkara ini, titah baginda lagi, UNISSA perlu menyediakan pelan tindakan bersesuaian dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

 

Baginda menyambut baik inisiatif UNISSA dalam meningkatkan kualiti pengajian, penyelidikan dan urus tadbir serta penawaran program dan kursus baharu yang bersesuaian.

 

''Beta optimis dengan perkembangan ini, ditambah dengan kestabilan sosiopolitik negara, akan menjadikan UNISSA lebih berpotensi menarik lebih ramai pelajar dari dalam dan luar negara, sekali gus menjadikan UNISSA sebagai pusat pengajian Islam di rantau ini,'' tegas Kebawah DYMM.

 

Ikhtiar ke arah ini titah baginda, seterusnya akan membuka peluang lebih luas untuk meningkatkan kebolehpasaran lulusan UNISSA pelbagai bidang ilmu dan kemahiran, pelajar UNISSA juga mampu menjadi lulusan yang serba boleh dan boleh berkhidmat di pelbagai sektor termasuk menjadi usahawan yang berjaya.

 

''Faktor ini yang menjadikan UNISSA semakin dikenali di peringkat global serta menjadi idaman ramai pelajar serantau dan antarabangsa untuk menjadikannya tempat pengajian mereka,'' titah baginda.

 

Dalam titah baginda turut menjelaskan mengenai peningkatan kemasukan dan permohonan pelajar antarabangsa ke UNISSA yang merupakan petanda di mana UNISSA mempunyai keistimewaan tersendiri di mata luar.

 

Baginda seterusnya mendukung usaha UNISSA untuk menarik lebih ramai pelajar antarabangsa bagi melanjutkan pengajian mereka di UNISSA sebagai salah satu sumbangan kerajaan kepada pembangunan ummah sejagat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19