FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


UBD duduki tempat ke-105 di Asia


 


 October 18th, 2017  |  10:16 AM  |   616 views

TUNGKU LINK

 

Universiti Brunei Darussalam (UBD) memecah ranking Universiti Asia Quacquarelli Symonds (QS) pada tahun 2014, yang mana sebelum ini, UBD adalah universiti yang tidak termasuk dalam ranking. Latihan ranking yang kurang ketat meletakkan UBD dalam jarak 2,500 hingga 3,500.

 

Dalam kenyataan terbaharu dari QS, UBD kini berada di kedudukan 105 di Asia, meningkat daripada 123 pada tahun lepas. Ini menjadikan UBD salah satu universiti yang paling cepat meningkat di Asia, dari 171 - 180 pada tahun 2014, 118 pada tahun 2015, pada kedudukan tertinggi setakat ini di kedudukan 105. Dengan sejumlah hampir 12,000 universiti di Asia, UBD kini antara satu peratus tertinggi daripada universiti di Asia.

 

UBD menunjukkan prestasi yang sangat baik dalam beberapa penunjuk utama pengajaran, UBD berada pada tempat ke-20 teratas di Asia dalam lima kategori; ke-20 dalam pelajar antarabangsa, ke-11 dalam fakulti antarabangsa dan ke-11 dalam nisbah pelajar fakulti. UBD adalah yang terbaik bagi program pertukaran antarabangsa, menduduki ranking pertama di Asia untuk pelajar masuk dan keluar.

 

Dianggap sebagai salah satu ranking universiti yang paling berpengaruh dan dipercayai di dunia, QS membandingkan universiti terkemuka berdasarkan enam petunjuk prestasi dan menilai prestasi mereka melalui empat bidang : penyelidikan, pengajaran, kebolehpasaran dan pengantarabangsaan.

 

Sebagai sebahagian daripada latihan ranking, QS mengukur produktiviti penyelidikan. Aktiviti penyelidikan di UBD telah meningkat dengan pesat, dengan jumlah kertas penyelidikan yang diterbitkan meningkat setiap tahun.

 

Bilangan kertas kerja yang diterbitkan oleh kakitangan UBD dalam jurnal antarabangsa teratas daripada hanya 57 kertas pada tahun 2008 meningkat hingga 324 kertas pada tahun 2016. Kesan penyelidikan UBD juga semakin meningkat daripada hanya 633 petikan pada tahun 2008 kepada lebih daripada 2,700 petikan pada 2016.

 

Buat pertama kalinya, UBD disenaraikan sebagai universiti intensif penyelidikan "tinggi" pada tahun ini. Dalam plan strategik penyelidikan UBD, sebagai tambahan pada penyelidikan asas, memberi tumpuan pada bidang yang akan memberi impak ekonomi dan sosial pada negara dan dalam bidang penyelidikan utama yang berkaitan dengan Brunei Darussalam, termasuk Pengajian Tenaga, kepelbagaian Biodiversiti dan Alam Sekitar, Teknologi Agro, Pengajian Islam termasuk Urus Tadbir Islam dan Pengajian Asia.

 

Penyelidikan merupakan penyumbang penting pada kemajuan ekonomi dan kebajikan kita bersama seperti yang ditekankan oleh Kebawah Duli Yang Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor UBD dalam titahnya pada Majlis Konvokesyen UBD Ke-29 pada 2017, di mana baginda ingin melihat UBD menghasilkan lebih banyak penyelidikan dan universiti dinasihatkan untuk merancang secara holistik bagi mencapai sasaran mereka dan melibatkan diri dalam proses perancangan strategik.

 

Peningkatan senarai kerjasama UBD dengan agensi, institusi akademik dan industri, baik di dalam Negara Brunei Darussalam dan luar negeri, telah membantu mengembangkan kebolehan pengajaran, 'output' penerbitan dan kesan penyelidikan. Perkongsian dengan universiti terkenal di dunia juga telah membuka jalan bagi kakitangan yang lebih baik dan pertukaran pelajar. Dengan reputasi antarabangsa yang semakin berkembang, UBD begitu cepat mencapai visi mereka untuk menjadi universiti "kelas dunia".

 

Naib Canselor UBD, Datin Dr. Hajah Anita Binurul Zahrina Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abd. Aziz berkata, "Alhamdullilah, kami telah berjaya dalam latihan ranking QS, terutamanya pada petunjuk pengajaran dan pembelajaran. Ini sentiasa menjadi tumpuan universiti, untuk menyediakan graduan yang "future ready", yang relevan di tempat kerja dan yang akan menyumbang pada pembangunan ekonomi negara.

 

Beliau menambah, UBD terus berusaha menghasilkan tenaga kerja yang berpendidikan tinggi yang akan menjadi pemimpin masa depan inovatif dengan minda keusahawanan. UBD juga mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat, di mana graduan digalakkan untuk meneruskan ilmu pengetahuan yang boleh menambah nilai pada kemahiran mereka yang sedia ada. Pendekatan holistik dan multidisiplin bagi pendidikan serta pembangunan peribadi adalah penting dalam mempersiapkan mereka bagi menjayakan Wawasan 2035.

 

Tahun 2017 adalah tahun terbaik bagi UBD. Dalam bulan Jun, untuk kali pertama UBD berjaya mencapai ranking QS World University, berada pada ranking ke-349, meletakkan UBD antara 1.3 peratus universiti teratas di seluruh dunia.

 

Juga pada bulan Julai, buat kali pertama dalam sejarahnya, UBD menjadi QS Top 50 di bawah 50 ranking, menduduki tempat ke-37 di dunia bagi universiti yang ditubuhkan kurang daripada 50 tahun. Ditubuhkan 32 tahun yang lalu sebagai universiti pertama negara Brunei Darussalam, UBD agak muda, tetapi semakin mendapat reputasi antarabangsa dalam kalangan pendidikan tinggi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19