FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pengguna jalan raya diingatkan agar lebih berhati-hati


Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan AhmadiFoto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

 


 October 18th, 2017  |  10:18 AM  |   513 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 

 Pengguna-pengguna jalan raya dinasihatkan agar mengamalkan sikap lebih berhati-hati dan berhemah semasa memandu berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu dan sering berlakunya hujan serta kekerapan terjadinya kemalangan sejak kebelakangan ini.

 

Dalam pada itu, para pemandu kenderaan juga diingatkan supaya lebih bertanggungjawab dengan mematuhi segala peraturan jalan raya dan sentiasa berwaspada terutama ketika hujan dan atas permukaan jalan raya yang bertakung.

 

Demikian ditekankan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad, selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) pada Sidang Media yang berlangsung di Kementerian Perhubungan, di sini.

 

"Adalah diperingatkan supaya semua pemandu agar meningkatkan perhatian apabila melalui kawasan-kawasan berisiko seperti Pusingan-U (U-turn), jalan-jalan sempit dan kawasan-kawasan  yang sering berlakunya kemalangan.

 

Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini jua, kita perlu pastikan kenderaan secara keseluruhan adalah dalam keadaan baik dan memuaskan termasuklah memastikan tayar kenderaan tidak botak, tidak diubah suai dan sentiasa mengamalkan bacaan doa sebelum memulakan sebarang perjalanan ke destinasi-destinasi tertentu," tegasnya. 

 

Awang Haji Azhar turut menyeru para pemandu serta penumpang supaya sentiasa memakai tali pinggang keselamatan dan tidak menggunakan telefon bimbit khusus kepada pemandu itu semasa memandu kenderaan.

 

Tambahnya, semua amalan dan nasihat yang dinyatakan itu perlu dipatuhi bukan sahaja di negara ini malah diamalkan semasa memandu di negara-negara jiran demi kesejahteraan dan kebaikan serta menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya.

 

Memandangkan Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha yang dibuka baru-baru ini,  Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Dr. Awang Haji Supry bin Haji Awang Ladi seterusnya menegaskan agar tidak meletakkan kereta di bahu jalan jambatan berkenaan kerana boleh mengganggu perjalanan kenderaan yang lalu lintas di kawasan berkenaan.

 

Sehubungan itu, tambahnya, mereka yang ingin bersiar-siar atau mengadakan aktiviti sukan seperti berlari di jambatan berkenaan bolehlah meletakkan kenderaan mereka pada kawasan parkir yang telah disediakan iaitu berdekatan bangunan galeri di bawah jambatan  tersebut.

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19