FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


BSJV umum 10 pelajar cendekiawan


Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid / Foto : Azmah Haji Ahad

 


 October 18th, 2017  |  10:19 AM  |   590 views

JERUDONG

 

 Seramai 10 pelajar contoh tahun ini secara rasminya menjadi cendekiawan Syarikat Usaha Sama Brunei Shell (BSJV).

 

Demikian diumumkan semasa Majlis Penandatanganan Biasiswa BSJV 2017 yang berlangsung di Indera Samudra Grand Hall, The Empire Hotel and Country Club.

 

Hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap (Tenaga Manusia dan SHENA), Jabatan Tenaga dan Perindustrian, Jabatan Perdana Menteri, Awang Haji Kamaludin bin Bungsu.

 

Majlis juga menyaksikan pengiktirafan 10 sarjana yang berjaya menyelesaikan program ijazah dengan Kepujian Kelas Pertama.

 

Pemilihan pelajar dilakukan melalui proses penilaian yang ketat untuk memastikan calon memenuhi kriteria syarikat dan kemudiannya dikenal pasti sebagai yang terbaik dalam kelas dalam kalangan rakan sebaya.

 

Terdahulu, Pengarah Sumber Manusia, Dayang Hajah Zainab binti Haji M.A. Omar, menekankan dalam ucapannya bahawa visi BSJV akan memastikan mereka melabur dan membangunkan orang-orang yang mempunyai keupayaan cemerlang untuk menghadapi masa depan yang mencabar, yang membolehkan peningkatan bakat yang mahir untuk memimpin BSJV bagi merealisasikan Wawasan Brunei 2035.

 

Menurutnya, melalui skim berkenaan, golongan muda tempatan diberikan platform untuk mendapatkan pendidikan tinggi di dalam dan di luar negara. Syarikat-syarikat BSJV juga tidak sabar-sabar untuk mengalu-alukan kedatangan para cendekiawan  setelah menamatkan pendidikan mereka supaya mereka dapat memainkan peranan dalam membangkitkan masa depan Brunei untuk generasi akan datang.

 

Biasiswa itu merupakan satu contoh komitmen BSJV, jelas beliau, dalam memupuk bakat tempatan sejak tahun 1972. Setakat ini, BSP telah menganugerahkan biasiswa kepada sejumlah 709 pelajar.

 

Katanya, biasiswa yang ditawarkan adalah bersesuaian bagi memenuhi keperluan Syarikat BSJV yang semakin memerlukan kepakaran teknikal tempatan seperti Jurutera Reservoir, Geologist, Jurutera Sub-Permukaan yang kompeten dan Jurutera Telaga dan beberapa lagi.

 

Di samping itu, terdapat juga dalam lapangan kemahiran komersial yang perlu dibangunkan terutamanya dalam bidang pengurusan rantaian bekalan dan undang-undang.

 

Majlis diteruskan dengan penandatanganan perjanjian bersama 10 pelajar.

 

Turut hadir ialah Pengarah Urusan Syarikat BSJV, pegawai-pegawai kanan dan ibu bapa para penerima dermasiswa berkenaan.

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17