Home > Bahasa Melayu
9 Anak Damit Terima Cenderamata Kelahiran 'Anakku Harapanku'
ISTERI Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datin Paduka Dayang Hajah Jahrah binti Haji Mohammad selaku tetamu kehormat menyampaikan cenderamata kepada seorang ibu yang melahirkan anak pada 1 Mei 2016 bersempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan bagi Daerah Brunei dan Muara. | FOTO: PELITA BRUNEI (Hernie Suliana Haji Othman)
May 3rd, 2016 | 07:59 AM | 2328 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Isnin, 2 Mei. - Seramai sembilan anak damit telah dilahirkan pada 1 Mei 2016 di seluruh negara iaitu empat anak damit lelaki dan lima anak damit perempuan sempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2016.
Daripada jumlah tersebut, seramai enam orang anak damit iaitu tiga orang anak damit lelaki dan tiga orang anak damit perempuan dilahirkan di Daerah Brunei dan Muara (DBM) sempena sambutan berkenaan.
Majlis Penyampaian Cenderamata Kelahiran 'Anakku Harapanku' bagi DBM berlangsung di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), hari ini yang disempurnakan oleh isteri Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datin Paduka Dayang Hajah Jahrah binti Haji Mohammad selaku tetamu kehormat.
ISTERI Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datin Paduka Dayang Hajah Jahrah binti Haji Mohammad (tengah) bergambar ramai bersama para penerima cenderamata kelahiran 'Anakku Harapanku' bagi Daerah Brunei dan Muara.
Hospital RIPAS juga mencatatkan kelahiran seorang anak damit perempuan yang pertama lahir pada 1 Mei 2016 pada jam 4.19 pagi.
Anak damit tersebut adalah anak kepada pasangan Awang Abdul Rawi bin Haji Metarsad dan Dayang Siti Amalina binti Haji Alias yang juga merupakan anak pertama bagi pasangan tersebut.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Nooratini Haji Abas
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]