FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Mesyuarat 23ATM bincang pelbagai inisiatif pengangkutan


Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Perhubungan

 


 October 20th, 2017  |  10:31 AM  |   543 views

REPUBLIK SINGAPURA

 

 

Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat adalah antara menteri-menteri dari anggota negara ASEAN yang menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN Ke-23 (23ATM) dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan yang diadakan dari 12 hingga 13 Oktober 2017 di Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands, di Republik Singapura.

 

Mesyuarat tersebut didahului dengan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Pengangkutan ASEAN Ke-44 (44STOM) dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan yang diadakan dari 9 hingga 11 Oktober 2017. Delegasi dari Negara Brunei Darussalam ke mesyuarat tersebut diketuai oleh Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad.

 

Mesyuarat 23ATM dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean dan dipengerusikan oleh Menteri Penyelaras Infrastruktur dan Menteri Pengangkutan Singapura, Tuan Yang Terutama Khaw Boon Wan bersama Menteri Pengangkutan Thailand, Tuan Yang Terutama Arkhom Termpittayapaisith selaku Naib Pengerusi.

 

Mesyuarat ATM merupakan platform tahunan di mana Menteri Pengangkutan dari negara anggota ASEAN (AMS) berkumpul untuk membincangkan dan memutuskan pelbagai inisiatif merentasi semua cara pengangkutan. Inisiatif-inisiatif yang diterima pakai, disahkan atau ditandatangani di Mesyuarat ATM adalah hasil dari kerja keras dan komitmen AMS untuk melanjutkan kerjasama dalam ASEAN dan dengan Rakan Dialog di samping membawa rakyat AMS lebih dekat bersama dengan memudahkan pengangkutan manusia dan barangan di seluruh rantau ASEAN dan rantau lain.

 

Tahun ini menandakan Ulang Tahun Ke-50 ASEAN, di mana dalam ASEAN banyak bidang kerjasama dan inisiatif telah mewujudkan banyak peluang ekonomi dan meningkatkan kehidupan rakyat di rantau ini khususnya, kerjasama dalam sektor pengangkutan yang menjadi kunci utama pertumbuhan ekonomi ASEAN.

 

23ATM menyaksikan kesimpulan dan penandatanganan (i) Protokol untuk Melaksanakan Pakej Komitmen Kesepuluh mengenai Perkhidmatan Pengangkutan Udara di bawah Perjanjian Rangka Kerja ASEAN mengenai Perkhidmatan; (ii) Perjanjian Pengiktirafan Bersama ASEAN mengenai Pelesenan Penerbangan Crew (FCL); (iii) Protokol 3 mengenai Hak Kod Domestik Antara Tempat dalam wilayah di mana-mana negara anggota ASEAN yang lain; dan (iv) Perjanjian Rangka Kerja ASEAN bagi Memudahkan Pengangkutan Rentas Sempadan bagi Penumpang menggunakan Kenderaan Jalan Raya (ASEAN CBTP).

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54