Home > Bahasa Melayu
YSHHB hulur sumbangan BND21,200 kepada mangsa kebakaran
Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi / Foto : Hamzah Mohidin
October 21st, 2017 | 09:27 AM | 595 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka yang ditimpa musibah, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) menghulurkan sumbangan berjumlah BND21,200 secara berasingan kepada enam buah keluarga yang dilanda musibah kebakaran baru-baru ini.
Bantuan kewangan tersebut diserahkan oleh Pengarah Urusan YSHHB, Dato Paduka Awang Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny, yang dimulakan dengan mangsa tragedi di Kampung Kuala Tutong iaitu keluarga Awang Shahbuddin bin Haji Razali dengan menerima sumbangan BND5,800.
Diikuti dengan bantuan berjumlah BND12,900 kepada empat buah keluarga yang terlibat dalam musibah kebakaran di Kampung Kulapis iaitu Dayang Hajah Rupiah binti Haji Jais, Awang Md. Sarudin bin Haji Jumarali, Awang Mursidi bin Haji Ali dan Awang Yusri bin Awang Haji Md. Yusof.
Sementara Awang Haji Omar bin Sa'at menerima BND2,500 berikutan kebakaran yang menimpa kediaman mereka di STKRJ Kampung Tungku.
Menurut Awang Haji Omar, mereka sekeluarga reda dengan musibah yang telah meranapkan hampir 90 peratus rumahnya dan menganggap ia adalah sebagai ujian bagi beliau dan keluarga.
Beliau juga sangat bersyukur atas keprihatinan beberapa pihak kerajaan termasuk pihak YSHHB dalam meringankan beban yang mereka tanggung atas keperitan tragedi pahit yang terjadi 14 Oktober lalu.
Atas pemedulian yang diberikan itu jelas membuktikan pihak-pihak tertentu tidak camah mata dalam menghulurkan bantuan demi mengurangkan bebanan mereka yang memerlukan terutama mangsa kebakaran dan seumpamanya.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]