Home > Bahasa Melayu
Mesyuarat Menteri-Menteri Undang-Undang Komanwel bincang pelbagai isu
October 21st, 2017 | 09:29 AM | 646 views
NASSAU, BAHAMAS
Siaran Akhbar dan Foto : Pejabat Peguam Negara
Pelbagai isu undang-undang termasuk kedaulatan undang-undang dan pembangunan mampan, perubahan iklim, menangani keganasan, undang-undang kemanusiaan antarabangsa, dan kanak-kanak, perkahwinan awal dan paksa telah dibincangkan dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Undang-Undang Komanwel yang berlangsung pada 16 hingga 19 Oktober 2017 di Nassau, Bahamas.
Dengan bertemakan 'Mengukuhkan Peraturan Undang-Undang Melalui Teknologi' (Strengthening the Rule of Law Through Technology), mesyuarat turut membincangkan mengenai kesan teknologi canggih pada isu-isu tersebut.
Delegasi Negara Brunei Darussalam ke mesyuarat tersebut diketuai oleh Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Dayang Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd. Salleh serta pegawai-pegawai dari Pejabat Peguam Negara.
Mesyuarat Menteri-Menteri Undang-Undang Komanwel dirasmikan oleh Perdana Menteri Commonwealth of The Bahamas, Yang Berhormat Dr. Hubert A. Minnis dan dipengerusikan oleh Peguam Negara dan Menteri Hal Ehwal Undang-Undang Bahamas, Yang Berhormat Senator Carl Wilshire Bethel QC.
Mesyuarat yang turut dihadiri oleh Setiausaha Agung Komanwel, Yang Berhormat Patricia Scotland QC antara lain bertujuan untuk menyatukan Menteri-Menteri Undang-Undang dan Peguam Negara dari negara-negara anggota Komanwel.
Antara isu penting yang turut dibincangkan ialah peralihan tumpuan dalam kerja-kerja Mesyuarat Menteri-Menteri Undang-Undang Komanwel dari penetapan mandat bagi mencapai persetujuan mengenai isu-isu global yang turut dibincangkan oleh Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM).
Setiausaha Agung Komanwel juga telah melancarkan laman sesawang Sekretariat Komanwel yang merupakan portal pengetahuan dalam talian yang akan menyokong negara anggota dengan menyediakan akses kepada undang-undang dari 52 negara anggota.
Ia juga menjadi salah satu rangkaian produk dari Pejabat Criminal Justice Reform yang menyediakan pangkalan data 'statutes' dan Commonwealth Model Law.
Dalam ucapan pembukaannya, Yang Berhormat Patricia Scotland QC menegaskan kepentingan teknologi bagi membuka peluang baharu yang luas, dengan kecekapan, tanggungjawab dan ketelusan.
Yang Berhormat menekankan kepentingan undang-undang dalam melaksanakan komitmen antarabangsa dan nasional untuk mengehadkan kenaikan suhu global dan menangani perubahan iklim.
Yang Berhormat juga merujuk kepada CHOGM yang akan diadakan pada 2018 dengan tema 'Towards a Common Future'.
Yang Berhormat Beliau kemudian menggesa perwakilan untuk merebut potensi dan peluang hubungan Komanwel, dan membina masa depan yang lebih adil, mampan, inklusif dan makmur untuk semua.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]