FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berangkat ke Majlis Konvokesyen KUPU SB Ke-7


Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim / Foto : Haji Ariffin Mohamad Noor / Morshidi, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali, Muhammad Asri Haji Awang Abas, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

 


 October 26th, 2017  |  09:46 AM  |   1370 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) berkenan berangkat mengurniakan ijazah dan diploma kepada graduan-graduan pada Majlis Konvokesyen KUPU SB Ke-7 Tahun 1439 Hijrah / 2017 Masihi.

 

Keberangkatan tiba Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman dan Pemangku Ra'es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar.

 

Keberangkatan masuk Kebawah DYMM ke Dewan Plenari didahului dengan Perarakan Canselor dan diikuti dengan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan'.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran surah An-Nur ayat 54 - 56 yang dibacakan oleh graduan Diploma Perguruan Lepasan Ijazah, Awang Mohammad Zul-Hafiz bin Awang Tengah manakala intisari ayat dibacakan oleh graduan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama (Syariah), Awang Muhammad Muinuddin bin Haji Mohd Zain.

 

Sementara itu, Pemangku Ra'es KUPU SB, Dr. Haji Adanan dalam sembah alu-aluannya antara lain menyembahkan, dalam mencapai matlamat untuk membentuk masyarakat dan bangsa yang berilmu, beramal dan bertakwa menurut ajaran Ahli Sunnah Waljamaah bermazhab Syafi'e, KUPU SB bergiat aktif mengadakan aktiviti intelektual, kemasyarakatan dan dakwah bersama masyarakat sama ada peringkat antarabangsa nasional.

 

Pada majlis itu, Kebawah DYMM juga berkenan mengurniakan titah dan seterusnya mengurniakan 261 Ijazah dan Diploma kepada 18 graduan Program Ijazah Sarjana Perguruan Ugama, 38 graduan Diploma Perguruan Ugama Lepasan Ijazah, 103 graduan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama dan 102 graduan Diploma Tertinggi Perguruan Ugama.

 

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17