FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pusat Pengajian Tinggi perlu bergerak mengemaskan program, kokurikulum


Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad / Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Md. Ali, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman, Muhammad Asri Haji Awang Abas

 


 October 26th, 2017  |  09:47 AM  |   789 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menekankan perlunya semua pusat pengajian tinggi bergerak mengemaskan program dan kokurikulum masing-masing, supaya dapat melahirkan para graduan yang seimbang dan holistik dari aspek-aspek kerohanian, intelek, jasmani, keusahawanan dan kemasyarakatan.

 

Negara titah baginda, sangat memerlukan disiplin-disiplin yang bermanfaat untuk pembangunan modal insan dan adalah tidak memadai, belajar hanya untuk ilmu, tetapi ilmu mesti dipelajari untuk jadi pelengkap.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia selaku Canselor Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) bertitah demikian pada Majlis Konvokesyen Ke-7 KUPU SB yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini.

 

Dalam titah baginda juga menekankan perlunya KUPU SB dan institusi pengajian tinggi yang lain untuk menyediakan pengalaman-pengalaman berfikir yang kritis, supaya para graduan mampu untuk menggarap kebajikan bagi masyarakat dan negara.

 

''Setiap pusat pengajian tinggi hendaklah sentiasa menilai program yang ditawarkan, supaya kandungan kurikulumnya tetap relevan dan praktis dengan keperluan-keperluan semasa. Ini, termasuklah kaedah pengajaran dan penilaian perkembangan pelajar. Dalam konteks ini juga, pusat pengajian tinggi perlu untuk memastikan staf akademiknya memiliki ciri-ciri profesional yang tinggi, yang mampu untuk menghidangkan pendekatan-pendekatan yang efektif dan inovatif serta dapat pula membuat penilaian perkembangan pelajar secara holistik dan saksama,'' tegas baginda lagi.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam titah baginda juga mengambil maklum mengenai usaha KUPU SB yang telah menyediakan beberapa kompetensi dalam usaha melahirkan graduan pendidik yang berjati diri, selain giat memantapkan program-program bagi mencapai kompetensi berkenaan.

 

Usaha tersebut tegas baginda, adalah sangatlah wajar dan bagus, namun Kebawah DYMM menekankan kaedah penilaian mestilah juga kemas dan sistematik, supaya para graduan benar-benar mencapai kualiti kompetensi yang diharapkan.

 

''Khusus seperti KUPU SB dan UNISSA, mereka ini adalah sangat menunggu para calon daripada Sekolah Arab. Lepasan daripada Sekolah Arablah yang merupakan calon-calon utama untuk KUPU SB dan UNISSA. Oleh itu, objektif melahirkan lepasan-lepasan Sekolah Arab, perlulah serba lumayan, bukan sahaja lumayan kuantiti, tetapi lebih-lebih lagi lumayan kualiti,'' ujar titah baginda.

 

Dalam makna, menurut titah baginda, ibarat kilang, Sekolah Arab adalah sangat perlu untuk menghasilkan bahan produknya yang berkualiti.

 

Kerana itu, baginda bertitah tidak jemu-jemu untuk mengingatkan supaya Sekolah Arab mestilah terus diperkasa dan mana-mana yang kurang ditambah, atau yang kurang bagus diperbagus, atau yang masih lemah diperkuat, sehingga sekolah ini benar-benar jadi unggul dan ternama.

 

Dengan rasa bangga yang mendalam, Kebawah DYMM juga sukacita mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua graduan di atas kejayaan mereka menamatkan pengajian masing-masing di KUPU SB.

 

Menurut titah baginda, para graduan perlu bersyukur dengan kejayaan ini, kerana ia diperoleh melalui hidayat dan pertolongan Allah, di samping sedikit usaha daripada kita sendiri.

 

''Para graduan mustahak sedar, bahawa profesion keguruan adalah sangat mulia. Guru berperanan penting dalam pembentukan masyarakat dan pembangunan negara. Sebagai pembentuk dan pembangun itu, warga guru mesti mempunyai semangat juang yang tinggi serta idea-idea besar untuk perubahan. Tanpa semangat dan idea besar, sebarang perubahan adalah sukar untuk dicapai,'' jelas titah baginda lagi.

 

Baginda bertitah, para graduan perguruan ugama adalah juga ejen masyarakat untuk membantu menjelaskan hala tuju serta program-program kebangsaan dari semasa ke semasa kerana mereka turut berperanan untuk membetulkan keadaan menurut lunas-lunas ilmu ugama yang suci.

 

Ilmu ugamalah titah baginda, pembentuk cara berfikir terbaik untuk diterapkan ke dalam kehidupan dan jika ada cara ini, maka itulah asas untuk negara beroleh kebajikan dan berkat dan sentiasa berada dalam selamat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19