Home > Bahasa Melayu
PMS Kutip Mata Penuh Dalam Aksi TDAFA
PASUKAN PMS mengutip mata penuh setelah menewaskan pasukan Sengkarai Jr. 3-0 pada perlawanan Liga Persatuan Bola Sepak Amatur Daerah Tutong (TDAFA) berlangsung di Kompleks Sukan, Tutong.
October 28th, 2017 | 09:36 AM | 1402 views
TUTONG
Pasukan PMS mengutip mata penuh setelah menewaskan pasukan Sengkarai Jr. 3-0 pada perlawanan Liga Persatuan Bola Sepak Amatur Daerah Tutong (TDAFA) berlangsung di Kompleks Sukan Tutong.
Babak pertama perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun pasukan PMS lebih bijak mengatur serangan setelah berjaya mengejutkan pihak lawan dengan jaringan gol seawal minit ke-9 menerusi Mohd. Faiz.
Separuh masa kedua pula, aksi pasukan PMS semakin cemerlang setelah bijak mengatur serangan untuk menggandakan jaringan melalui Muhd. Hafriz yang berjaya membolos gawang lawan dengan sepakan jarak dekat pada minit yang ke-55.
Manakala lapan minit sebelum perlawanan tamat, giliran Nazirul pula menggegarkan gawang pasukan Sengkarai Jr. menjadikan keputusan 3-0. Keputusan kekal hingga ke wisel penamat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]