Home > Bahasa Melayu
Pameran Lukisan Sempena Jubli Emas Sehingga 29 Oktober 2017
ANTARA lukisan-lukisan yang dipamerkan pada Pamaran Seni tersebut.
October 28th, 2017 | 09:40 AM | 747 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Brunei Arts Forum (BAF) telah menganjurkan Pameran Lukisan bertempat di ruang legar Seri Kiulap Mall, di sini.
Seramai 30 orang pelukis tanah air menyertai pameran selama tiga hari bermula 27 hingga 29 Oktober 2017.
Pameran bersempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta itu bertujuan untuk mempamerkan hasil lukisan pelukis tanah air.
Hadir selaku tetamu kehormat seterusnya merasmikan pameran berkenaan ialah Pengerusi BAF, Dato Paduka Shofry bin Abdul Ghafor.
BAF bermula pada November 2002, apabila sekumpulan seniman ekspatriat berkumpul dan menganjurkan 'The Guests' di Pameran Brunei.
Sejak itu, kumpulan artis ini percaya bahawa terdapat 'asas untuk pertukaran, pembangunan dan pembentangan idea-idea artistik' dan keperluan untuk pembentukan kumpulan.
Mereka juga berpendapat bahawa adalah penting untuk mempunyai satu matlamat bersama untuk menghubungkan antara satu sama lain dan bukan hanya menumpukan pada projek individu.
Melalui pameran ini juga, para peserta juga diharap akan dapat bertukar-tukar pandangan sesama mereka dan peminat lukisan tanah air.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]