Home > Bahasa Melayu
DBP meterai penandatanganan perjanjian bersama 11 penulis
MAJLIS Penandatanganan Perjanjian Penerbit-Penulis yang berlangsung di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka.
November 14th, 2017 | 11:45 AM | 929 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Bagi menjalinkan kesepakatan antara penerbit dan penulis termasuk memastikan sama ada perjanjian itu akan ditindaklanjuti atau sebaliknya, Bahagian Perancangan Buku, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengadakan Majlis Penandatanganan Perjanjian Penerbit - Penulis. Majlis berlangsung di Balai Sarmayuda, DBP, Berakas.
Majlis Penandatanganan Perjanjian Penerbit - Penulis merupakan perjanjian berupa persetujuan antara dua pihak iaitu antara penerbit dan penulis yang memuatkan aturan dan persyaratan secara komprehensif mengenai buku yang bakal diterbitkan.
Hadir selaku tetamu kehormat yang juga menandatangani perjanjian ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman.
Seramai 11 penulis menandatangani perjanjian termasuk Menteri Hal Ehwal Ugama, Muslim Burmat, Norsiah Abd Gapar, Dr. Rozaiman bin Makmun, Dr. Haji Mohd Ali bin Haji Radin, Haji Bujang bin Matnor, Sabariah binti Haji Mohammad, Mohd Rezuan bin Haji Jamaeh, Izyan Izawani binti Ismail, Noor Afinah binti Abu dan Nur Ayling Pudarno.
Menandatangani bagi pihak DBP ialah Pemangku Pengarah DBP, Awang Suip bin Haji Abd Wahab dan Dr. Awang Haji Mohd Ali bin Haji Radin.
Tujuan utama majlis itu juga antara lain memberi peluang kepada para penulis untuk berkumpul, berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu yang berkaitan dengan buku.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]