Home > Bahasa Melayu
Program LNCP beri sumbangan signifikan ke arah Wawasan Brunei 2035
MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi semasa menyampaikan ucapan
November 14th, 2017 | 11:51 AM | 1085 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kementerian Pendidikan melalui Program Latihan dan Literasi Brunei (LNCP) mengiktiraf 21 guru tempatan yang telah mencapai pensijilan sebagai Jurulatih LNCP dan melancarkan Rangka Kerja Pengajaran untuk celik bahasa Inggeris dan penguasaan Matematik.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis penyampaian sijil yang berlangsung di Auditorium Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Katok ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman yang juga selaku penceramah utama pada majlis tersebut.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.
Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian Sijil Pengiktirafan kepada pembimbing tempatan Kohort 2 serta sesi kongsi sama daripada wakil-wakil pemimpin sekolah, pembimbing tempatan, guru Bahasa Inggeris dan Matematik.
Acara interaksi tersebut juga menerangkan mengenai Pelan LNCP 2018 yang termasuk keperluan untuk memastikan jurulatih tempatan dapat meningkatkan amalan guru dengan memasukkan Rangka Kerja Penguasaan di semua sekolah di Brunei. Begitu juga dengan pemilihan dan akreditasi jurulatih tempatan diperluas bagi menyokong kelestarian. Ia juga termasuk mempertingkatkan keupayaan kepimpinan Kementerian Pendidikan dalam mengurus LNCP pada pertengahan 2019 dan amalan terbaik dunia dalam menyokong penyampaian objektif strategik Wawasan Brunei 2035.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]