Home > Bahasa Melayu
Perjumpaan dua hala bersama Perdana Menteri Jepun
KEBAWAH DYMM berkenan mengadakan perjumpaan dua hala dengan Perdana Menteri Jepun, Tuan Yang Terutama Shinzo Abe.
November 14th, 2017 | 13:36 PM | 1003 views
MANILA, REPUBLIK FILIPINA
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengadakan perjumpaan dua hala dengan Perdana Menteri Jepun, Tuan Yang Terutama Shinzo Abe.
Semasa perjumpaan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Tuan Yang Terutama Perdana Menteri Jepun berbincang mengenai isu-isu semasa serta bertukar-tukar pandangan mengenai hal ehwal serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama termasuk kerjasama dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Jepun.
Hadir sama semasa perjumpaan dua hala tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Behormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng.
Perjumpaan tersebut berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Filipina (PICC), Manila.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]