FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Amerika Syarikat rakan kongsi ASEAN bernilai


KEBAWAH DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN - Amerika Syarikat Ke-5 bagi Memperingati Ulang Tahun Hubungan Di Pusat Persidangan Antarabangsa Filipina (PICC), Manila.

 


 November 14th, 2017  |  13:40 PM  |   920 views

MANILA, REPUBLIK FILIPINA

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah dengan memberi penghargaan kepada Amerika Syarikat selaku rakan kongsi ASEAN yang bernilai dan strategik di atas komitmen yang berterusan terhadap rantau ini.

 

Sempena memperingati 40 tahun hubungan dialog di antara ASEAN - Amerika Syarikat pada sidang tersebut, baginda juga menekankan bahawa kerjasama di antara ASEAN dan Amerika Syarikat amatlah penting dalam menggalakkan pertumbuhan dan kestabilan global.

 

Dalam bidang ekonomi, baginda menggesa keperluan kerjasama di antara syarikat-syarikat ASEAN dan Amerika Syarikat untuk dikembangluaskan lagi, terutamanya dalam Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana ke arah mempromosikan inovasi dan keusahawanan.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah demikian ketika berkenan berangkat menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN - Amerika Syarikat Ke-5 bagi Memperingati Ulang Tahun Hubungan Dialog ASEAN - Amerika Syarikat Ke-40 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Filipina (PICC), Manila.

 

Sidang Kemuncak ASEAN - Amerika Syarikat Ke-5 bagi Memperingati Ulang Tahun Ke-40 Hubungan Dialog ASEAN - Amerika Syarikat terdahulu telah dimulakan dengan Ucapan Pembukaan daripada Presiden Republik Filipina dan Pengerusi ASEAN, Tuan Yang Terutama Rodrigo Roa Duterte bagi mengalu-alukan kehadiran Presiden Amerika Syarikat ke Sidang Kemuncak berkenaan.

 

Ini diikuti dengan ucapan Presiden Amerika Syarikat, Tuan Yang Terutama Donald J. Trump.

 

TYT Presiden Republik Filipina dan Pengerusi ASEAN juga menjemput Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato Laila Utama Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, selaku Negara Penyelaras bagi hubungan ASEAN - Amerika Syarikat untuk menyampaikan Kenyataan Umum ASEAN.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54