Home > Bahasa Melayu
Brunei bakal tuan rumah VECONAC Ke-30
HADIR pada mesyuarat tersebut Presiden Persatuan Bekas Perajurit Negara Brunei Darussalam, Yang Dimuliakan Pehin Dato Paduka Raja Mejar Jeneral (B) Haji Sahari bin Ahmad.
November 15th, 2017 | 12:35 PM | 1206 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Negara Brunei Darussalam akan menjadi tuan rumah Mesyuarat Lembaga Persekutuan Veteran Negara-Negara ASEAN (VECONAC) Ke-30 dan Perhimpunan Agung Ke-17 Tahun 2017 yang akan diadakan pada 23 hingga 27 November 2017 di Parkview Hotel, Jerudong.
Sehubungan itu, bagi mengemaskini dan memaklumkan tentang persiapan-persiapan yang dibuat bagi kelancaran mesyuarat dan perhimpunan agung itu nanti kepada para Ahli VECONAC, satu taklimat diadakan di Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini.
Antara yang hadir, Presiden Persatuan Bekas Perajurit Negara Brunei Darussalam, Yang Dimuliakan Pehin Dato Paduka Raja Mejar Jeneral (B) Haji Sahari bin Ahmad; Naib Presiden Persatuan Bekas Perajurit Negara Brunei Darussalam dan Ahli-ahli VECONAC.
Antara intipati taklimat berkenaan adalah makluman mengenai aktiviti-aktiviti Persatuan Bekas Perajurit Negara Brunei Darussalam yang telah diadakan di sepanjang tahun ini.
Dalam pada itu, VECONAC disertai oleh 10 negara ASEAN yang terdiri dari bekas-bekas perajurit angkatan tentera di kalangan negara ASEAN.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]