FacebookInstagramTwitterContact

 

Scholarship Scheme for Air Traffic Officer Award Ceremony           >>           Briefing on New Public Rulings'           >>           Morocco, Sudan Through To Quarter Finals Of African Nations Championship           >>           Myanmar Police File Charges Against Parliament Member, Writer For Instigative Talks About Rakhine Incident           >>           Japan Launches Epsilon-3 Rocket With Private-Sector Payload           >>           African Nations Championship Introduces Virtual Referee Technology           >>           Manzhouli Sees Over 1,300 Trains Between China, Europe In 2017           >>           President Mulls EO Creating Bangsamoro Autonomous Region           >>           Pa-O Group Picks New Chairman, Promises Continuity           >>           Surakarta's 100-Year-Old Palace Wall Collapses           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events


The Incredibles 5Km Fun Run
January 7th, 2018 | 00:00 AM


20th Consumer Fair
January 24th, 2018 | 00:00 AM





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:02AM

Subuh

: 05:12AM

Syuruk

: 06:34AM

Doha

: 06:58AM

Zohor

: 12:32PM

Asar

: 03:53PM

Maghrib

: 06:27PM

Isyak

: 07:40PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Yayasan hulur sumbangan sokong pelbagai kegiatan


MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman selaku Pengerusi Lembaga Pengarah, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah semasa hadir pada majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kompleks Yayasan.

 


 November 15th, 2017  |  12:45 PM  |   351 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

**

Yayasan hulur sumbangan sokong pelbagai kegiatan

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) hari ini menghulurkan sumbangan kepada pertubuhan dan badan-badan bukan kerajaan serta beberapa buah masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara.

 

Sumbangan disampaikan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman selaku Pengerusi Lembaga Pengarah, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kompleks Yayasan.

 

Antara penerima sumbangan sejumlah BND50,000 ialah Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang berfungsi menyediakan perkhidmatan dan latihan kepada insan-insan istimewa yang kurang upaya dari segi anggota dan intelek untuk membolehkan mereka mencapai potensi ke tahap maksimum.

 

Yayasan mula menghulurkan sumbangan tahunan kepada pusat ini sejak tahun 2001 bagi memberi sokongan dalam mengendalikan perkhidmatannya.

 

Sumbangan diterima oleh Pemegang Amanah Kanan pusat berkenaan, Dato Paduka Awang Haji Mohd. Alimin bin Haji Abdul Wahab.

 

Manakala Persatuan Bagi Pengurusan Autism Dalam Latihan, Pendidikan Dan Sumber (SMARTER) Brunei juga menerima sumbangan kewangan sebanyak BND50,000.

 

Yayasan telah mula memberikan sumbangan tahunan kepada Persatuan SMARTER Brunei sejak tahun 2006. Daripada jumlah sumbangan Yayasan tersebut, 50 peratus disumbangkan kepada Persatuan SMARTER Brunei untuk mengendalikan pengurusan dan menyediakan keperluan bagi pengendalian kegiatan pengajaran dan pembelajaran khusus bagi anak-anak autistik manakala 50 peratus lagi adalah untuk pembayaran yuran pendidikan yang dikenakan oleh SMARTER Brunei bagi mengajar anak-anak autisme daripada keluarga yang mempunyai pendapatan rendah.

 

Pada tahun 2015, Yayasan memberikan sumbangan kewangan berjumlah BND50,000 bagi menaja pembinaan lima buah bilik darjah di Pusat SMARTER yang baharu di Kampung Mata-Mata.

 

Sumbangan Yayasan di majlis ini diterima oleh Yang Di-Pertua Persatuan SMARTER Brunei, Malai Haji Abdullah bin Malai Haji Othman.

 

Juga menerima sumbangan sejumlah BND34,400 ialah Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR) bagi menerbitkan sebuah buku sejarah bertajuk "Kegemilangan Pemerintahan" sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Menaiki Takhta.

 

Angkatan Sasterawan dan Sasterawani Brunei (ASTERAWANI) pula menerima sumbangan BND12,000 bagi menaja sebahagian perbelanjaan mengadakan perhimpunan Sasterawan Budayawan Negara Serumpun Kali Ke-4, di samping sumbangan BND5,000 bagi membiayai sebahagian perbelanjaan menganjurkan Baca Puisi Antarabangsa Jubli Emas Kebawah DYMM Menaiki Takhta.

 

Lain-lain pertubuhan yang menerima sumbangan ialah Persatuan Sepak Takraw Negara Brunei Darussalam menerima sumbangan sebanyak BND5,000 bagi menaja sebahagian perbelanjaan mengadakan Kejohanan Sepak Takraw Piala Yayasan 2017 Sempena Jubli Emas; Special Olympics Brunei Darussalam menerima sumbangan sebanyak BND6,330 bagi menaja sebahagian perbelanjaan mengadakan kejohanan Bola Sepak Piala Borneo Kali Ke-10 dan Unified A Special Olympics yang pertama di Negara Brunei Darussalam.

 

Majlis AIDS Brunei Darussalam menerima sumbangan sebanyak BND800 bagi membiayai sebahagian perbelanjaan mengadakan forum sempena memperingati Hari AIDS Sedunia yang akan diadakan pada 2 Disember ini.

 

Sementara itu, sejumlah  BND39,450 disumbangkan bagi 45 buah masjid, surau dan balai ibadat yang diterima oleh imam-imam khusus bagi mengadakan majlis dan aktiviti Maulidur Rasul Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Tahun 1439H/2017M.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Sarawakian On Drug Trafficking Charge To Enter Defence

 2018-01-18 08:47:18

Koreas To March Under Single 'United' Flag In Olympic Games

 2018-01-18 08:59:18

Pimco Says Lack Of Fear In Markets Means You Should Be Worried

 2018-01-18 09:40:48