FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 




  Home >


Dialog, kerjasama Asia Timur sangat signifikan


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat menyerti sesi bergambai ramai.

 


 November 15th, 2017  |  12:56 PM  |   686 views

MANILA, REPUBLIK FILIPINA

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam petang ini berkenan berangkat menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-12 dan Majlis Santap Tengah Hari yang dihoskan oleh Tuan Yang Terutama Presiden Republik Filipina dan Pengerusi ASEAN.

 

Sidang Kemuncak serta Majlis Santap Tengah Hari tersebut berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Filipina (PICC), Manila.

 

Sidang Kemuncak Asia Timur ini dimulakan dengan Ucapan Pembukaan daripada Presiden Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Rodrigo Roa Duterte selaku Pengerusi ASEAN yang mengalu-alukan kehadiran ketua-ketua negara dan kerajaan Asia Timur ke Sidang Kemuncak berkenaan.

 

Pada Sidang Kemuncak ini, Kebawah DYMM berkenan mengurniakan titah pendapat menegaskan bahawa, Asia Timur kekal menjadi mekanisme yang penting dalam dialog dan kerjasama strategik. Baginda juga menggariskan bahawa usaha Sidang Kemuncak Asia Timur ini adalah signifikan dalam menangani isu-isu berkepentingan serantau.

 

Baginda seterusnya mengalu-alukan pemuktamadan Pelan Tindakan Manila yang baharu, yang akan menetapkan cara-cara praktikal bagi negara anggota Sidang Kemuncak Asia Timur untuk bekerjasama dalam mencari penyelesaian kepada cabaran-cabaran yang sama.

 

Di sini, baginda juga mengambil maklum mengenai usaha-usaha di bawah Sidang Kemuncak Asia Timur yang selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), terutamanya dalam perkara-perkara berkaitan alam sekitar dan kesihatan. Dalam hal ini, baginda menggesa agar pegawai-pegawai berkenaan akan dapat menangani isu tersebut secara kolektif, termasuk dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan bagi menghadapi cabaran masa hadapan.

 

Sebelum menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur tersebut, Kebawah DYMM juga berkenan berangkat ke Majlis Santap Tengah Hari yang dihoskan oleh Tuan Yang Terutama Presiden Republik Filipina dan Pengerusi ASEAN bagi mengalu-alukan kehadiran para pemimpin Asia Timur dan tetamu-tetamu khas Pengerusi ASEAN.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17