Home > Bahasa Melayu
Brunei - India bincang hal ehwal serantau dan antarabangsa
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengadakan perjumpaan dua hala dengan Perdana Menteri Republik India, Tuan Yang Terutama Narendra Modi yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Filipina, Manila.
November 15th, 2017 | 12:57 PM | 940 views
MANILA, REPUBLIK FILIPINA
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan mengadakan perjumpaan dua hala dengan Perdana Menteri Republik India, Tuan Yang Terutama Narendra Modi yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Filipina, Manila.
Pada perjumpaan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Tuan Yang Terutama Perdana Menteri Republik India berbincang mengenai isu-isu semasa serta bertukar-tukar pandangan mengenai hal ehwal serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama termasuk kerjasama dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik India.
Menyertai rombongan Tuan Yang Terutama Perdana Menteri Republik India ialah Penasihat Keselamatan Kebangsaan Republik India, Tuan Yang Terutama Ajit Doval; Setiausaha Luar Negeri, Tuan Yang Terutama Dr. S. Jaishankar; Setiausaha (Timur); Kementerian Hal Ehwal Luar, Puan Yang Terutama Preeti Saran dan Duta Besar Republik India ke ASEAN, Tuan Yang Terutama Suresh K. Reddy.
Hadir sama semasa perjumpaan dua hala tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Behormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]