FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>           Orlando Bloom Reveals Whether Kids Flynn And Daisy Inherited His Taste For Adventure           >>           This hopping robot with flailing legs could explore asteroids in the future           >>           GPT-4 performed close to the level of expert doctors in eye assessments           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


CSPS Dukung Pembangunan Wawasan bagi Pembuat Dasar


BENGKEL 'Train the Trainers in Strategic Foresight and Horizon Scanning' yang dianjurkan oleh Pusat Kajian Dasar dan Strategik.

 


 May 5th, 2016  |  09:57 AM  |   1887 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Rabu, 4 Mei. - Bengkel Melatih Jurulatih dalam 'Strategic Foresight and Horizon Scanning' telah dijalankan oleh Pusat Kajian Dasar dan Strategik (CSPS) dan melibatkan peserta dari Bahagian Kewangan dan Ekonomi, Sekretariat Wawasan serta Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

 

Pelatih bengkel termasuk Pengarah Action Foresight, Melbourne Australia, Dr. Jose Ramos dan Timbalan Pengarah Perancangan Strategik, Lee Kuan Yew School of Public Policy, Singapura, Cheryl Chung yang antara lain menerangkan pengetahuan teori dan praktikal utama serta pemahaman kontekstual dalam menggunakan pendekatan wawasan dalam dasar kerajaan.

 

Bengkel dibahagikan kepada tiga bahagian di mana para peserta mula-mula membincangkan mengenai isu-isu global dan yang baru muncul yang memberi kesan kepada Negara Brunei Darussalam, menggunakan kaedah wawasan untuk membangunkan strategi maklumat masa depan dan pilihan-pilihan dasar.

 

Ini menyediakan platform bagi perbincangan berkesan yang membawa kepada strategik yang lebih jelas dan diikuti dengan projek selama empat minggu dan tiga hari tindakan pembelajaran dan proses reka bentuk.

 

Menurut Ketua Penyelidik CSPS, Dr. Diana Cheong, CSPS merupakan penasihat kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengenai isu-isu dasar dan strategik, dengan kapasiti tambahan untuk menjalankan analisis wawasan untuk penggubalan dasar.

 

CSPS jelasnya, akan menganjurkan forum, bengkel dan persidangan pada masa akan datang, dalam usaha untuk mewujudkan rangkaian pakar wawasan bagi menyokong usaha untuk membangunkan keupayaan wawasan dalam kalangan pembuat dasar di Negara Brunei Darussalam.

 

Selain latihan, CSPS baru-baru ini telah mengadakan forum mengenai 'Strategic Foresight dan Horizon Scanning for Policy Making', di Bangunan CSPS pada hari Isnin, 2 Mei 2016.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada forum itu ialah Pemangku Menteri di JPM, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud.

 

Forum telah dihadiri oleh kira-kira 100 peserta yang terdiri daripada Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, pengarah dan pegawai-pegawai kanan kerajaan dan sektor swasta yang berkaitan dan Lembaga Pengarah CSPS.

 

Sementara itu, Dr. Jose Ramos turut memuji inisiatif CSPS kerana memanfaatkan dan menggunakan pengetahuan wawasan ke dalam kajian kepakaran dasar.

 

Beliau berkata bahawa kapasiti CSPS semakin besar dengan mempelajari teknik metodologi pandangan jauh, ramalan, analisis dan visi utama, menjalankan tindakan pembelajaran projek wawasan untuk mendapatkan kemahiran dan kecekapan dalam permohonan dan membangunkan strategi mereka untuk membina wawasan ke dalam proses membuat dasar, melalui pendekatan latihan, penyelidikan, khidmat nasihat dan rangkaian.

 

Bengkel Melatih Jurulatih diakhiri dengan penyampaian sijil kepada para peserta oleh Pengarah Eksekutif CSPS, Awang Haji Mohd. Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos dan Dr. Jose Ramos.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pusat Kajian Dasar dan Strategik

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16