FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kempen Kebersihan Serentak Daerah Belait


ANTARA sukarelawan BSP yang menyertai kempen kebersihan berkenaan.

 


 May 5th, 2016  |  10:19 AM  |   2757 views

KUALA BELAIT

 

Rabu, 4 Mei. - Jawatankuasa Kerja Kempen Kebersihan Peringkat Daerah Belait mengadakan kempen kebersihan secara serentak di daerah ini khususnya bagi membersihkan kawasan-kawasan luar dan dalam bangunan kerajaan, tapak-tapak juga bangunan-bangunan komersial, kawasan-kawasan perumahan, sekolah-sekolah dan seumpamanya.

 

Kempen Kebersihan Serentak tersebut bagi menyahut saranan Jawatankuasa Induk Isu-isu Kebersihan di Peringkat Kebangsaan dan objektifnya adalah untuk meningkatkan tahap kebersihan kawasan-kawasan di Daerah Belait sama ada di dalam bandar mahupun di luar bandar.

 

Kempen berkenaan disertai oleh pelbagai pihak dan masyarakat yang terdiri daripada kalangan agensi-agensi kerajaan, swasta, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGOs), Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, sukarelawan dan orang-orang perseorangan.

 

040516 NOR5 KEMPEN

ANTARA yang menyertai kempen tersebut.

 

Kempen Kebersihan Serentak ini diharap akan memberi kesedaran kepada masyarakat setempat serta rakyat dan penduduk di Daerah Belait pada keseluruhannya akan pentingnya bagi sama-sama menjaga kebersihan di kawasan masing-masing dan seterusnya akan dapat membudayakan amalan menjaga kebersihan dan sikap pembersih setiap masa serta menjadikan kawasan-kawasan dan alam sekitar di daerah ini akan lebih bersih, indah, ceria juga bebas dari tempat-tempat pembiakan nyamuk.

 

Jawatankuasa Kempen Kebersihan juga mengharapkan agar semua pihak dari pelbagai lapisan masyarakat di daerah ini khususnya akan dapat sama-sama memikul tanggungjawab menjaga kebersihan di kawasan masing-masing, di samping akan menanamkan semangat dan sikap bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan setiap masa di mana juga tempat dan kawasan, khasnya Daerah Belait.

 

Sementara itu, dalam sama-sama menyahut kerja berkebajikan ini, Majlis Perundingan Mukim Liang juga tidak ketinggalan menyertai kempen tersebut bersama seluruh agensi kerajaan dan swasta juga NGOs.

 

040516 NOR4 KEMPEN

AKTIVITI kempen kebersihan dari Kuala Belait hingga ke Mukim Liang.

 

Dalam pada itu, Penghulu Mukim Liang, Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin menjelaskan bahawa pihak Brunei Shell Petroleum (BSP) juga menghantar sukarelawan BSP ke tiga buah sekolah di Daerah Belait, di samping taklimat 'Kesedaran Penyakit Denggi' juga akan diadakan di Sekolah Menengah Sayyidina Ali, Mumong.

 

Sementara itu, Penasihat Mukim Liang, Pengiran Hajah Hajijah binti Pengiran Haji Matarsat turut memberi pendapatnya ketika ditemui oleh wakil Pelita Brunei.

 

"Pendapat saya, sebagai pemilik atau penyewa bangunan, hendaklah turut serta dalam kempen kebersihan dalam sama-sama membersihkan ruang kedai dan kawasan kedai mereka sendiri," ujar Pengiran Hajah Hajijah.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Noraisah Muhammed

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10