Home > Bahasa Melayu
Projek APEN - JAIF Tingkatkan Industri Pembangunan Sumber Tenaga Manusia
SESI pertukaran dokumen di antara wakil pihak AIIT, Pengerusi Rangkaian Pendidikan Profesional Asia (APEN), Dr. Shintaro Ishijima (kiri) dan Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Luar Negeri), UBD, Dr. Joyce Teo Siew Yean (kanan).
May 5th, 2016 | 10:22 AM | 2449 views
TUNGKU LINK
Rabu, 4 Mei. - Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Advanced Institute of Industrial Technology (AIIT), Jepun telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) pada 30 Mac lalu sekali gus menandakan kerjasama dalam Projek Rangkaian Pendidikan Profesional Asia - Dana Integrasi Jepun ASEAN (APEN - JAIF).
Sehubungan itu, kedua-dua pihak pada petang tadi bertukar-tukar MoU yang telah ditandatangani, bertempat di Bilik Kuliah Fakulti, Bangunan Integrasi Sains, UBD, di sini.
Mewakili pihak AIIT ialah Pengerusi APEN, Dr. Shintaro Ishijima, manakala bagi pihak UBD pula diwakili oleh Dekan Fakulti Integrated Technologies, Pengiran Dr. Mohd. Iskandar bin Pengiran Haji Petra.
Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyaksikan pertukaran dokumen yang dipertandatangani itu ialah Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Luar Negeri), UBD, Dr. Joyce Teo Siew Yean.
SESI bergambar ramai bersama Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Luar Negeri), UBD, Dr. Joyce Teo Siew Yean (tiga, kanan) selaku tetamu kehormat.
Projek tersebut akan memberi manfaat dalam pelbagai cara, yang mana Projek dalam Indeks Kredibiliti untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) akan memberikan pemahaman langsung mengenai landskap PKS di negara-negara lain, manakala Projek Pemetaan Sistem Pendidikan akan menyediakan alat penanda aras kurikulum bagi semakan atau ulang kaji dan penyelesaian untuk universiti-universiti dan institusi-institusi.
Dr. Shintaro Ishijima dalam ucapannya menjelaskan projek tersebut adalah untuk menggalakkan industri dalam pembangunan sumber tenaga manusia dan kegiatan PKS melalui Asia.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]