Home > Bahasa Melayu
Dividen Simpanan TAP dan SCP berakhir pada kadar 2.00%
November 20th, 2017 | 09:22 AM | 396 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Dividen Simpanan TAP dan SCP berakhir pada kadar 2.00%
Tabung Amanah Pekerja (TAP) memaklumkan bahawa Lembaga TAP mengisytiharkan Dividen Simpanan TAP dan SCP untuk Tahun Kewangan berakhir 31 Mac 2017 pada kadar 2.00%.
Menurut Siaran Akhbar TAP, Dividen pada Tahun Kewangan 2016 - 2017 telah pun dikreditkan ke dalam akaun ahli-ahli TAP dan SCP pada 19 November 2017.
Ahli boleh mendapatkan penyata akaun masing-masing dengan menggunakan perkhidmatan dalam talian e-Amanah melalui 'www.tap.com.bn' ataupun melalui Kiosk e-Info TAP.
Pada kadar 2.00%, jumlah pengagihan pendapatan sebanyak $49,680,075.55 akan dimasukkan ke dalam 150,671 akaun ahli TAP dan sebanyak $19,030,643.59 telah pun dimasukkan ke dalam 141,049 akaun ahli SCP bagi Tahun Kewangan 2016 - 2017.
Strategi pelaburan TAP adalah secara global dan dilaburkan mengikut peruntukan aset strategik yang sedia ada dengan matlamat untuk menjana pulangan yang stabil bagi dana TAP.
Pencapaian dana setiap tahun adalah tertakluk kepada keadaan pasaran global yang mempunyai beberapa risiko seperti turun naik pasaran saham, risiko kredit dan pasaran mata wang asing.
Untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan perkhidmatan dalam talian e-Amanah bagi ahli-ahli TAP, hubungi Pusat Panggilan TAP menerusi talian 2382800 semasa waktu bekerja.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]