FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kebawah DYMM amat prihatin kepada pesara tentera


 


 November 20th, 2017  |  09:28 AM  |   285 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam terhadap pegawai-pegawai dan anggota-anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang bersara dalam memeduli hal-hal kebajikan mereka sentiasa diambil berat dan dipertimbangkan dengan saksama.

 

Ketika ditemui Pelita Brunei di Royal Berkshire Hall, Royal Brunei Polo and Riding Club pada 17 November yang lalu, para pegawai yang bersara ABDB menyembahkan ucapan setinggi-tinggi tahniah ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah DYMM Menaiki Takhta.

 

Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Basit bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong menyarankan agar para anggota ABDB yang masih berkhidmat untuk taat setia bukan sahaja kepada orang atasan mahupun raja atau rakyat tetapi yang paling penting adalah kepada pemimpin.

 

Beliau memasuki tentera pada 1 Januari 1961 sebelum Askar Brunei ditubuhkan pada Mei/Jun 1961.

 

Sementara itu, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad bin Haji Daud berharap para anggota ABDB yang masih berkhidmat supaya mereka akan terus menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada baginda dan kerajaan baginda dan jika masih lagi dikehendaki untuk berkhidmat selepas bersara maka jalankanlah tugas dengan sebaik-baiknya.

 

Dalam 23 tahun berkhidmat di bawah pemerintahan Kebawah DYMM, beliau merupakan anak Brunei yang pertama memegang jawatan Pemerintah ABDB pada tahun 1986 hingga 1990.

 

Kemudian, Yang Dimuliakan Pehin Datu Penglima Kolonel (B) Dato Paduka Abdul Jalil bin Haji Ahmad pernah dilantik sebagai Pesurujaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Republik Islam Pakistan dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei ke Republik Persekutuan Jerman.

 

"Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala di atas keprihatinan Kebawah DYMM dan kepercayaan baginda melantik saya selepas bersara," ujarnya

 

Memegang jawatan terakhirnya sebagai Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei pada tahun 1995 hingga 2003, beliau melihat banyak perkembangan di bawah pemerintahan baginda terutama dari segi pentadbiran dan gerakan-gerakan di laut.

 

Katanya, pengalaman-pengalaman tersebut memerlukan kerja keras dan sedaya upaya beliau dalam masa berkhidmat.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10