Home > Bahasa Melayu
Laungan dikir semarak Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam
HADIR selaku ketua rombongan pada Majlis Dikir ialah Pegawai Daerah Tutong, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd. Hussain.
November 20th, 2017 | 09:31 AM | 719 views
TUTONG
Sempena menyemarakkan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam 1439 Hijrah, masjid, surau dan balai ibadat di negara ini bergema dengan laungan dikir yang diadakan selama 12 hari berturut-turut bermula malam ini.
Masjid Rancangan Perumahan Negara (RPN) Bukit Beruang menjadi tumpuan Majlis Dikir yang dianjurkan oleh rombongan ahli jawatankuasa tertinggi sambutan berkenaan peringkat Daerah Tutong.
Hadir selaku ketua rombongan ialah Pegawai Daerah Tutong, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd. Hussain.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah diikuti dengan Sembahyang Sunat Hajat.
Kemudian majlis diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh ketua rombongan dan disusuli dengan Dikir Assalamualaika.
Manakala Dikir Khairuman dibaca oleh Ahli Jawatankuasa Takmir dan Jemaah Masjid RPN Bukit Beruang.
Sementara itu, Dikir Asyrakal dibaca beramai-ramai dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.
Antara yang menyertai acara keagamaan itu, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara di Daerah Tutong, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan penduduk setempat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]