FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kebawah DYMM berkenan berangkat sertai Regata Sarawak 2017


KEBAWAH DYMM dijunjung untuk menerima trofi kemenangan selepas pasukan Negara Brunei Darussalam memenangi Perlumbaan Perahu VIP daripada Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, TYT Tun Dato Laila Utama Pehin Sri Dr. Haji Abdul Taib.

 


 November 20th, 2017  |  09:41 AM  |   1290 views

KUCHING, SARAWAK

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Regata Sarawak 2017 dan Majlis Santap Minum Petang yang berlangsung di Kuching, Sarawak.

 

Mengiringi keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama Tun Dato Laila Utama Pehin Sri Dr. Haji Abdul Taib bin Mahmud dan isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib; Ketua Menteri Negeri Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg dan isteri, Yang Amat Berbahagia Datin Patinggi Dato Hajjah Juma'ani binti Tun Tuanku Haji Bujang.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia mula-mula berangkat ke Kuching Waterfront, Sarawak bagi menyertai perlumbaan perahu dan seterusnya menyaksikan perlumbaan-perlumbaan akhir perahu Regata Sarawak 2017.

 

Keberangkatan tiba di Dermaga Tebingan Sungai Kuching, Kebawah DYMM dijunjung oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Karim bin Rahman Hamzah, selaku Menteri yang bertanggungjawab bagi Regata Sarawak 2017.

 

Kebawah DYMM seterusnya berkenan menyertai Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak dan isteri, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Negeri Sarawak dan isteri dan Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sarawak bagi sesi bergambar ramai.

 

Kebawah DYMM dijunjung menaiki Kapal Persiaran 'Sayang Sarawak' bagi menyusur hilir Sungai Sarawak.

 

Di atas kapal persiaran tersebut, baginda dijunjung untuk melepaskan tembakan bagi Upacara Pelepasan Lumba Perahu Regata Sarawak 2017.

 

Kebawah DYMM kemudiannya dijunjung beredar ke garisan permulaan untuk menyertai acara khas regata, Perlumbaan Perahu Kategori VIP.

 

Mengiringi Kebawah DYMM dalam menyertai Perlumbaan Perahu VIP tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

 

Selesai perlumbaan perahu tersebut, Kebawah DYMM seterusnya berangkat ke Pentas Utama bagi menyaksikan cabaran Brooke Swim dan acara Menangkap Itik dan kemudiannya acara kemuncak Regata Sarawak 2017, iaitu Perlumbaan Akhir Perahu 'Raja Sungai' bagi merebut piala kepunyaan TYT Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, yang mana pasukan 'Landas 11' dinobatkan menjadi juara dalam perlumbaan akhir tersebut.

 

Selepas itu, Kebawah DYMM dijunjung untuk menerima trofi kemenangan selepas pasukan Negara Brunei Darussalam memenangi Perlumbaan Perahu VIP.

 

Baginda seterusnya mengurniakan hadiah-hadiah kepada pasukan 'Landas 11', pemenang bagi Perlumbaan Akhir Perahu 'Raja Sungai' bagi Regata Sarawak 2017.

 

Baginda kemudiannya menerima pesambah daripada Yang Amat Berhormat Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sarawak selaku Menteri yang Bertanggungjawab bagi Regata Sarawak 2017.

 

Sebelum berangkat meninggalkan Kuching Waterfront, Kebawah DYMM dijunjung bergambar ramai bersama para pekayuh dari Negara Brunei Darussalam.

 

Kebawah DYMM seterusnya berangkat ke Hotel Hilton Kuching bagi Majlis Santap Minum Petang yang dihoskan oleh Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, TYT Tun Dato Laila Utama Pehin Sri Dr. Haji Abdul Taib bin Mahmud.

 

Juga hadir pada majlis-majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri Sarawak III (Ketiga), Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan dan Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II (Kedua), Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan, selaku Menteri Pengiring serta Menteri-menteri Negeri Sarawak.

 

Turut hadir ialah ialah Konsul Agung Negara Brunei Darussalam di Kuching, Sarawak, Pengiran Hajah Krtini binti Pengiran Haji Tahir.

 

Diadakan pada setiap tahun sejak 1872, Regata Sarawak pada hari ini menjadi kebanggaan tersendiri sebagai acara sukan air tertua di Negeri Sarawak.

 

Di samping itu, aktiviti-aktiviti seperti perlumbaan-perlumbaan perahu, pertunjukan kebudayaan, pameran makanan dan perdagangan juga diadakan semasa festival regata tersebut.

 

Selain itu, keberangkatan baginda ke Kuching ini juga mencerminkan hubungan yang kukuh dan harmoni di antara Negara Brunei Darussalam dan Negeri Sarawak khususnya dalam bidang sukan air.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54