FacebookInstagramTwitterContact

 

BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Dedahkan pelajar tentang Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan


Sesi bergambar ramai.

 


 November 21st, 2017  |  13:53 PM  |   1465 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Rombongan seramai 23 pelajar dan dua guru dari Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali dan seorang pegawai Unit Akademik, Jabatan Sekolah-Sekolah membuat lawatan ke Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei sebagai aktiviti hujung tahun yang dirancang oleh pihak sekolah.

 

Rombongan juga disertai oleh ibu bapa dan penjaga pelajar bagi menyokong lawatan berkenaan.

 

Kedatangan rombongan disambut oleh Awang Haji Bakar bin Haji Jaludin, salah seorang tenaga pengajar di pusat berkenaan yang kemudiannya juga menyampaikan taklimat kepada para pelawat sebelum mereka dibawa beredar ke galeri untuk meninjau bengkel tradisional yang memaparkan aktiviti menenun kain, menganyam, pertukangan perak, pertukangan tembaga, pembuatan keris, tasbih, seni ukiran dan songkok.

 

Antara tujuan lawatan adalah untuk mengetahui sejarah dan latar belakang serta melihat lebih dekat bahan pameran dan galeri di pusat berkenaan di samping bagi memberikan pendedahan kepada pelajar dan guru mengenai kursus-kursus yang ditawarkan di pusat itu.

 

Dengan adanya lawatan seumpamanya sekurang-kurangnya dapat memberikan pengetahuan mengenai kriteria kemasukan sebagai salah satu hala tuju bagi pelajar lepasan Program Pra-Vokasional dan pelajar Program PEARSON BTEC yang berkebolehan selepas tamat persekolahan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17