Home > Bahasa Melayu
Taklimat Perjumpaan bersama Ketua Pasukan Maulud 23 November
November 22nd, 2017 | 09:43 AM | 268 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Majlis Perhimpunan dan Perarakan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara bagi Tahun 1439 Hijrah akan berlangsung pada Sabtu, 13 Rabiulawal 1439 Hijrah bersamaan 2 Disember 2017 Masihi bertempat di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, mulai jam 7.00 pagi dengan Tema 'Rasulullah Qudwah Pemimpin Adil'.
Menurut Siaran Akhbar Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), satu Taklimat Perjumpaan bersama Ketua-ketua Pasukan Perarakan dan Perbarisan bagi Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara bagi Tahun 1439 Hijrah bagi Daerah Brunei dan Muara akan diadakan pada Khamis, 23 November ini, bertempat di Dewan Multaqa, Lantai Bawah, Bangunan Tambahan Baharu, KHEU, Jalan Dewan Majlis, Negara Brunei Darussalam pada jam 8.30 pagi.
Sehubungan itu, dipohonkan kepada semua ketua pasukan atau wakilnya supaya akan dapat sama-sama hadir pada tarikh, tempat dan masa yang telah disebutkan di atas.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]