Home > Bahasa Melayu
Brunei sertai SEA Games Siber 2017, Bangkok
EMPAT wakil negara ke SEA Games Siber (Cyber SEA Games) 2017 di Bangkok, Thailand sebelum berlepas meninggalkan negara.
November 22nd, 2017 | 09:47 AM | 944 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Negara Brunei Darussalam akan menghantar empat orang wakil bagi menyertai SEA Games Siber (Cyber SEA Game) 2017 di Bangkok, Thailand minggu ini.
Ia merupakan pertandingan Siber 'Capture The Flag' (CTF) untuk negara-negara anggota ASEAN yang dianjurkan dengan kerjasama HUB Cybersecurity ASEAN - Jepun.
Pemenang SEA Games Siber 2017 itu nanti akan mara ke SECCON Jepun, satu pertandingan CTF global yang diadakan pada bulan Februari 2018.
Pertandingan CTF dalam bidang keselamatan maklumat, memerlukan pengetahuan teknikal, kemahiran dan pengalaman serta kerja berpasukan, di mana para peserta juga berpeluang meraih pengetahuan mengenai perlindungan komputer selain menangani serangan siber di dunia nyata.
Pasukan yang mewakili Brunei terdiri daripada pemenang di 'Capture The Flag 2016' yang terdiri daripada Awang Mohd. Izdihar bin Sulaiman; Awang Muhamad Nur Aiman bin Haji Jahari; Awang Abdul Qayyuum bin Haji Abdul Kadir dan Awang Abdul Fitri Shah bin Mohd. Ali.
Pertandingan Siber CTF merupakan pertandingan tahunan yang dianjurkan oleh Information Technology (IT) Protective Security Services (ITPSS) Sendirian Berhad, di mana pasukan bersaing untuk mencari dan mengeksploitasi kelemahan pada permainan 'server' yang ditetapkan.
Pertandingan tersebut berfungsi sebagai latihan pendidikan dalam keselamatan maklumat dan menunjukkan kepentingan keselamatan siber serta keperluan bagi melahirkan pakar-pakar keselamatan maklumat di Negara Brunei Darussalam.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]