FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>           Orlando Bloom Reveals Whether Kids Flynn And Daisy Inherited His Taste For Adventure           >>           This hopping robot with flailing legs could explore asteroids in the future           >>           GPT-4 performed close to the level of expert doctors in eye assessments           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Perdagangan bulan September meningkat 25.1 peratus


 


 November 22nd, 2017  |  10:00 AM  |   385 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jumlah Perdagangan meningkat sebanyak 25.1 peratus tahun ke tahun menjadi BND1,063.8 juta yang terdiri daripada eksport (BND634.1 juta) dan import (BND429.7 juta), berbanding sebanyak BND850.2 juta pada bulan September 2016.

 

Imbangan Perdagangan pula menurun sebanyak 36.0 peratus tahun ke tahun menjadi BND204.4 juta daripada BND319.6 juta pada bulan September 2016.

 

Menurut Siaran Akhbar Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, eksport bulan September tahun ini meningkat sebanyak 8.4 peratus tahun ke tahun daripada BND584.9 juta (September 2016) menjadi BND634.1 juta (September 2017).

 

Eksport Bahan Api Galian mencatatkan sumbangan tertinggi sebanyak 94.9 peratus dari jumlah eksport, iaitu dari Minyak Mentah (BND247.5 juta) dan Gas Cecair Asli (LNG) (BND353.3 juta).

 

Pada bulan September lalu, import barangan meningkat sebanyak 62.0 peratus tahun ke tahun daripada BND265.3 juta (September 2016) menjadi BND429.7 juta (September 2017).

 

Manakala, lima sumbangan import tertinggi mengikut komoditi adalah Jentera dan Kelengkapan Pengangkutan (44.5 peratus); Barang-barang Keluaran Kilang (23.8 peratus); Makanan (10.4 peratus), Bahan Api Galian (8.5 peratus) dan Bahan-bahan Kimia (5.4 peratus).

 

Pasaran eksport terbesar adalah ke negara Jepun sebanyak 29.4 peratus dari jumlah eksport, diikuti oleh Republik Korea (15.6 peratus); India (14.4 peratus); Malaysia (13.3 peratus) dan lain-lain.

 

Mengikut kategori Penggunaan Akhir, Import Barang Perantaraan merangkumi 57.7 peratus dari jumlah import. Ini diikuti oleh import Barang Modal (34.8 peratus) dan Barang Penggunaan (7.5 peratus).

 

Import terbesar adalah dari negara Jerman sebanyak 30.0 peratus dari jumlah import, diikuti oleh China (19.3 peratus); Singapura (13.9 peratus); Malaysia (12.5 peratus) dan lain-lain.

 

Perangkaan Perdagangan Barangan Antarabangsa (International Merchandise Trade Statistics - IMTS) bagi Negara Brunei Darussalam menggunakan General System bagi merekodkan perangkaan perdagangan yang meliputi import, eksport domestik dan eksport semula.

 

Laporan penuh IMTS bagi bulan September 2017 boleh dilayari melalui laman sesawang JPKE di 'www.depd.gov.bn'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16