Home > Bahasa Melayu
PSBNS pertemukan Sasterawan ASEAN
TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud ketika hadir pada Majlis Perhimpunan Sasterawan Budayawan Negara Serumpun (PSBNS) Brunei 2017 bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
November 22nd, 2017 | 10:05 AM | 519 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Negara Brunei Darussalam tahun ini menjadi tuan rumah bagi Perhimpunan Sasterawan Budayawan Negara Serumpun (PSBNS) Brunei 2017.
Perhimpunan yang berlangsung selama enam hari itu diakhiri dengan Majlis Makan Malam dan Penutup bertempat di Dewan, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
Majlis tersebut dihoskan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud.
Pada majlis itu, Yang Mulia Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama melahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seramai 77 peserta dan rombongan ASTERAWANI dari lima negara ASEAN, iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand.
Perhimpunan tersebut menurutnya adalah bagi mempertemukan sasterawan serta budayawan negara serumpun di negara ini dan PSBNS pada umumnya akan terus berusaha meningkatkan hubungan kerjasama di antara ahli-ahlinya dari negara serumpun dalam bidang sastera juga budaya.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Mantan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman; Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Roslan bin Haji Taja'ah dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang.
Majlis diserikan dengan Persembahan Dikir oleh Kumpulan Dikir Perangkab, persembahan Sajak Islami oleh Firdaus H.N dan Persembahan Syair.
Perhimpunan dianjurkan oleh Angkatan Sasterawan dan Sasterawani Brunei (ASTERAWANI) dan PSBNS Chapter Brunei.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]