Home > Bahasa Melayu
Bantuan peralatan mesin bantu tingkatkan taraf hidup
TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud selaku Naib Yang Dipertua MUIB semasa hadir menyampaikan Agihan Zakat berupa Peralatan Mesin dan Barangan Pertukangan Kayu kepada Awang Ajis bin Doll
November 22nd, 2017 | 10:06 AM | 440 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Bantuan peralatan mesin dan barangan pertukangan kayu setentunya mampu mengembangkan lagi kemahiran Awang Ajis bin Dollah dalam mempertingkatkan hasil dan kualiti kerja-kerja pertukangannya yang menjadi sumber rezeki mereka sekeluarga untuk menyambung hidup.
Awang Ajis, 48, dari Jalan Manggis Dua itu amat bersyukur dan berterima kasih atas keprihatinan Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) memberikan sumbangan tersebut yang bernilai BND7,494 melalui peruntukan Kumpulan Wang Zakat Asnaf Fakir Miskin.
Hadir menyampaikan agihan zakat berupa barangan ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud selaku Naib Yang Dipertua Majlis Ugama Islam.
Kemahiran pertukangan Awang Ajis secara individu ini menjadi sumber rezeki bagi menyara kehidupan isterinya bersama tiga orang anak mereka yang kini masih bersekolah.
Apa yang diharapkan dengan adanya bantuan yang diberikan itu akan dapat memudahkan kerjanya dalam menghasilkan lebih banyak usaha pembuatannya, seperti perabot kayu, keris dan sebagainya.
Dengan agihan zakat ini akan dapat meningkatkan lagi semangat beliau untuk terus berusaha meningkatkan taraf kehidupan, dengan harapan semoga para Asnaf Fakir Miskin sekeluarga akan sentiasa taat menunaikan perintah Allah Subhanahu Wata'ala dan menjauhi segala larangan-Nya.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]