Home > Bahasa Melayu
KKBS adakan Majlis Dikir Syarafil Anam
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof semasa hadir menyertai Majlis Dikir Syarafil Anam Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan jabatan-jabat MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan.
November 22nd, 2017 | 10:11 AM | 1346 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Laungan dikir memuji kebesaran dan keagungan Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam terus bergema di semua masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara selama 12 malam berturut-turut sempena memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang disambut pada setiap 12 Rabiulawal.
Sehubungan itu, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan jabatan-jabatan di bawahnya turut mengadakan Majlis Dikir Syarafil Anam bertempat di Masjid Kampung Perpindahan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Lambak Kiri, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.
Juga hadir, Setiausaha Tetap KKBS dan rombongan dikir yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya serta belia yang terdiri daripada penuntut-penuntut Pusat Pembangunan Belia.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan diikuti dengan Dikir Syarafil Anam oleh warga KKBS juga para jemaah masjid dan Doa Penutup Dikir.
Majlis berdikir KKBS itu merupakan aktiviti keagamaan yang dijalankan setiap tahun, bagi tujuan perpaduan juga kekeluargaan warga KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya serta sebagai usaha berterusan untuk melibatkan para belia bersama masyarakat dalam sama-sama menyemarakkan Sambutan Maulidur Rasul, seterusnya menanam perasaan cinta kepada Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Rombongan dikir KKBS juga akan mengadakan aktiviti itu di beberapa buah masjid menjelang 12 Rabiulawal tahun ini.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]
Pakistan Accused Of Killing Eight Women And Children In Afghanistan Air Strikes
2024-03-19 00:06:23
Evergrande: China Property Giant And Its Founder Accused Of $78bn Fraud
2024-03-19 12:55:55