FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berkenan berangkat ke Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran


KEBAWAH DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Doa Selamat Dan Kesyukuran yang disembahkan oleh Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan Ketua-Ketua Rumah Panjang Seluruh Negara sempena Sambutan Jubli Emas Baginda Menaiki Takhta di Dewan Serambi Suluh, Bangunan Tarindak D'Seni, di ibu negara. Berangkat sama ialah paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

 


 November 22nd, 2017  |  10:20 AM  |   1233 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran yang disembahkan oleh Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan Ketua-Ketua Rumah Panjang Seluruh Negara sempena Sambutan Jubli Emas Baginda Menaiki Takhta di Dewan Serambi Suluh, Bangunan Tarindak D'Seni, di ibu negara.

 

Berangkat sama ialah paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

 

Keberangkatan tiba Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong dan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, selaku Pengerusi-Pengerusi Bersama Jawatankuasa Sektoral Keraian dan Acara-Acara Daerah Mukim sempena Sambutan Jubli Emas Baginda Menaiki Takhta.

 

Sejurus keberangkatan tiba, Kebawah DYMM berserta kerabat diraja yang lain dijunjung ke Dewan Serambi Batil untuk sesi bergambar ramai bersama semua Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan Ketua Rumah Panjang Seluruh Negara.

 

Kebawah DYMM kemudian dijunjung berangkat ke Dewan Serambi Suluh bagi Majlis Doa Kesyukuran.

 

Keberangkatan masuk Kebawah DYMM di Dewan Serambi Suluh, disusuli dengan Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan'.

 

Majlis diteruskan dengan Sembah Kesyukuran yang disembahkan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) selaku Penghulu Mukim Gadong 'A', Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin.

 

Yang Berhormat mewakili Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan Ketua-Ketua Rumah Panjang seluruh negara merafakkan sembah kesyukuran dan ucapan setinggi-tinggi tahniah ke hadapan majlis Kebawah DYMM bersempena Sambutan Jubli Emas Baginda Menaiki Takhta pada 5 Oktober yang lalu.

 

Menurut Yang Berhormat, berkat kepimpinan bijaksana Kebawah DYMM di sepanjang tempoh 50 tahun pemerintahan baginda, seluruh rakyat serta penduduk di mukim-mukim dan kampung-kampung juga pedalaman telah dapat menikmati pelbagai kemudahan, kebajikan dan kesejahteraan dalam keamanan serta ketenteraman.

 

Yang Berhormat turut menjunjung tinggi titah Kebawah DYMM pada 5 Oktober berkenaan mengenai hubungan rakyat dengan raja serta kewajipan raja dan rakyat dalam sama-sama memegang amanah besar, iaitu kewajiban timbal balik untuk kesejahteraan semua.

 

Yang Berhormat dalam sembah kesyukuran itu juga berikrar dan berazam selaku pemimpin akar umbi untuk melaksanakan titah Kebawah DYMM pada memelihara keamanan serta keselamatan kampung dan mukim demi memastikan rakyat juga penduduk negara ini dapat menikmati kesejahteraan hidup yang berpanjangan.

 

Di samping itu, Yang Berhormat turut menyembahkan ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi ke hadapan majlis Kebawah DYMM dengan iringan doa semoga Allah Subhanahu Wata'ala akan terus mengurniakan baginda taufik dan hidayah-Nya, dalam kandungan sihat walafiat, dilanjutkan usia dan kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam.

 

Sejurus selepas itu, Yang Berhormat sekali lagi menghadap ke hadapan majlis Kebawah DYMM bagi menjunjung perkenan menerima pesambah.

 

Sebelum Majlis Santap dimulakan, Doa Selamat dibacakan oleh Ahli MMN selaku Penghulu Mukim Bokok, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu.

 

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Kebawah DYMM berserta kerabat diraja yang lain berkenan menerima junjung ziarah daripada Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan Ketua-Ketua Rumah Panjang seluruh negara serta ahli-ahli jawatankuasa dan jemputan-jemputan khas.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16