FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Jadikan Sembahyang sebagai KPI Kehidupan


PEMANGKU Timbalan Mufti Kerajaan, Dr. Awang Haji Mazanan bin Haji Yusof ketika menyampaikan Ceramah Khas bertajuk 'Sembahyang Kunci Syurga'. | FOTO: INFOFOTO (Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Hernie Suliana Haji Othman)

 


 May 6th, 2016  |  08:34 AM  |   3055 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Khamis, 5 Mei. - Perkara paling penting yang mesti diambil perhatian oleh kita ialah tunaikan sembahyang sesempurnanya, menurut rukun-rukun dan syarat-syaratnya serta menjaga waktu sembahyang, jadikan ia sebagai 'Key Performance Indicator' (KPI) dan segenap kehidupan kita.

 

"Kita contohi Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam, sekalipun telah dijamin tempatnya di syurga oleh Allah, namun baginda beramal ibadat sehingga kaki baginda bengkak kerana lama berdiri bersembahyang," ujar Pemangku Timbalan Mufti Kerajaan, Jabatan Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam, Dr. Awang Haji Mazanan bin Haji Yusof semasa menyampaikan Ceramah Khas 'Sembahyang Kunci Syurga' pada Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini.

 

Beliau seterusnya menjelaskan berkat kepimpinan raja yang kuat berpegang pada agama dan yakin kepada pertolongan Allah, Negara Brunei Darussalam pada setiap hari Jumaat di semua masjid-masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara akan mengadakan Sembahyang Sunat Hajat berjemaah sebelum menunaikan sembahyang Fardu Jumaat bagi memohon pertolongan Allah agar raja dan negara sentiasa dalam kesejahteraan dan dilimpahkan kurnia rezeki yang banyak lagi berkat, serta terhindar jauh dari malapetaka dan bencana.

 

Tambahnya, inilah juga amalan Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan para nabi-nabi 'alaihimussalatu wassalam. Apabila menghadapi kesusahan/kesulitan, mereka bersegera sembahyang.

 

Di samping itu katanya, dalam konteks Negara Brunei Darussalam, kita juga tidak mengabaikan kelebihan dan kehebatan sembahyang, rakyat dan masyarakatnya tidak mengabaikan keistimewaan sembahyang dan tidak sekali-kali lalai dengan kelebihan, keistimewaan dan kehebatan sembahyang itu.

 

"Jika bermula dengan baik dan sempurna di peringkat anak-anak dan kanak-kanak lagi, sebagai anak-anak dan kanak-kanak yang penyembahyang, maka pasti dan yakinlah bahawa mereka akan menjadi remaja dan dewasa yang penyembahyang," jelasnya.

 

"Begitu juga apabila para remaja dan dewasa penyembahyang, pasti dan yakinlah bahawa mereka akan menjadi keluarga dan masyarakat yang penyembahyang. Apabila keluarga dan masyarakat ini penyembahyang, pasti dan yakinlah bahawa mereka akan menjadi pemimpin masyarakat, akan menjadi penjawat awam dan akan menjadi rakyat yang penyembahyang," tambahnya.

 

Beliau seterusnya menambah, apabila pemimpin, penjawat awam dan rakyat yang penyembahyang, pasti dan yakinlah bahawa negara akan menjadi negara berkat, negara zikir, negara selamat, negara yang di dalamnya kehidupan rakyat aman dan selamat, ekonomi selamat dan negara menjadi sebuah negara yang baik, aman dan makmur dengan rezeki yang banyak – Tuhan Yang Maha Pengampun.

 

Di samping itu beliau juga menjelaskan bahawa setiap orang lslam, siapa pun dia, baik dia seorang yang taat ataupun yang suka buat maksiat, yang adil ataupun yang fasik, yang tunduk pada syariah ataupun yang menentang, yang memperjuangkan syariah ataupun yang menghalangi tegaknya syariah; tentu berharap untuk masuk syurga.

 

Bahkan syurga adalah puncak harapan setiap orang, jelasnya, semuanya pasti ingin masuk syurga, tak ada yang tidak menginginkan syurga.

 

Dari itu tegasnya, menegakkan sembahyang adalah ibadat utama sekali gus wujud penghambaan seorang hamba kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Tanpa menegakkan sembahyang, dan tanpa sembahyang, jelasnya, seseorang itu bererti telah kehilangan kunci syurga.

 

Memperbanyakkan sujud (memperbanyakkan sembahyang itu) akan membawa kepada syurga, sesuai dengan firman Allah Ta'ala yang menyatakan, di antara orang-orang yang beriman dan berjaya untuk memasuki syurga Firdaus itu ialah orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya dan orang-orang yang tetap memelihara sembahyang.

 

Beliau seterusnya menjelaskan, hakikatnya sembahyang juga penuh dengan pengabdian seorang hamba kepada Tuhannya, penuh dengan mengagungkan dan membesarkan Tuhannya, hanya Allah Subhanahu Wata'ala sahajalah yang layak dibesarkan dalam kehidupan ini, kerana dari Allahlah bermulanya kehidupan.

 

Selain itu, Pemangku Timbalan Mufti Kerajaan juga menyentuh mengenai sembahyang bukan sahaja memberi manfaat kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat, bahkan sembahyang juga memberi manfaat dan kejayaan kepada negara.

 

Ini kerana, pemimpin yang penyembahyang dan rakyat yang penyembahyang, pasti negara akan beroleh manfaat, akan beroleh kejayaan dan lebih-lebih lagi akan beroleh rahmat.

 

Terdahulu jelasnya, peristiwa Israk dan Mikraj ini, ia dimulai dengan perjalanan Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pada malam hari dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa, kemudian naik ke langit sampai ke Sidratulmuntaha, dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Mekah pada malam yang sama.

 

Menurutnya, itulah keajaibannya, bukan sekadar perjalanan melihat kehebatan alam semesta. Malah lebih dari itu, memberi seribu satu hikmah kepada Rasulullah dan umat lslam keseluruhannya.

 

Perjalanan satu malam inilah, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dan umatnya dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wata'ala dengan perintah dan kewajipan mengerjakan sembahyang lima waktu.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19