FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


'Sembahyang Kunci Syurga' Dipilih sebagai Tema Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara


KEBAWAH DYMM dan DYTM berkenan menerima junjung ziarah sejurus keberangkatan tiba pada Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. | FOTO: INFOFOTO (Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Hernie Suliana Haji Othman)

 


 May 6th, 2016  |  08:43 AM  |   4449 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Khamis, 5 Mei. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi.

 

Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

 

050516 HERNIE3 ICC

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi.

 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam Tahun 1437 Hijrah berserta Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Jawatankuasa Kerja yang lain.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Haji Malik bin Haji Jumaat, manakala kesimpulan maknanya dibacakan oleh Pegawai Ugama, Masjid Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, KHEU, Awang Haji Haris bin Haji Suboh.

 

050516 HERNIE6 ICC

BACAAN ayat-ayat suci Al-Quran oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Malik bin Haji Jumaat dan Pegawai Ugama, Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Awang Haji Haris bin Haji Suboh membacakan kesimpulan maknanya.

 

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama seterusnya dalam sembah alu-aluannya antara lain menyembahkan, KHEU melalui jabatan dan bahagian di bawahnya akan menyelenggarakan beberapa acara iringan antaranya Bengkel Kesempurnaan Sembahyang yang dikendalikan oleh Bahagian Kemajuan Syiar Islam, dikhususkan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan KHEU yang lain yang berjawatan dalam Bahagian 2 dan ke bawah.

 

Menyemarakkan sambutan kali ini juga, Yang Berhormat Pehin menyembahkan, Kempen Sembahyang Berjemaah Fardu Subuh juga akan diadakan secara serentak di ke semua masjid, surau, balai ibadat di seluruh negara.

 

050516 AMP6 ICC

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Tahun 1437 Hijrah semasa menyampaikan sembah alu-aluan pada majlis berkenaan.

 

Di samping itu tambahnya, Taklimat Kewajipan Mengeluarkan Zakat dan Panduan Mengeluarkannya yang dikendalikan oleh Jabatan Majlis Ugama Islam Brunei dengan menyasarkan kepada anggota-anggota beruniform, pegawai-pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam serta syarikat-syarikat perniagaan Islam.

 

Sejurus Kebawah DYMM mengurniakan titah, acara diteruskan dengan Ceramah Khas bertajuk 'Sembahyang Kunci Syurga' disampaikan oleh Pemangku Timbalan Mufti Kerajaan, Jabatan Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam, Dr. Awang Haji Mazanan bin Haji Yusof.

 

050516 AMP12 ICC

PERSEMBAHAN nasyid daripada gabungan Kumpulan Belia Masjid Sultan Sharif Ali, Mukim Sengkurong dan Kumpulan Belia Masjid Mohammad Bolkiah, Kampung Serusop.

050516 HERNIE19 ICC

PASUKAN tausyeh bersama-sama menadah tangan membaca doa selamat.

 

Majlis diserikan lagi dengan persembahan nasyid daripada Kumpulan Belia Masjid Sultan Syarif Ali, Mukim Sengkurong bersama Kumpulan Belia Masjid Mohammad Bolkiah, Kampung Serusop.

 

Doa selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

050516 HERNIE17 ICC

DOA Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhornat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Tema Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara bagi kali ini ialah 'Sembahyang Kunci Syurga' yang menghuraikan bahawa, kita wajib bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dapat melaksanakan ibadah sembahyang yang banyak keistimewaan dan pengajaran apabila dikerjakan dengan sempurna dari segi spiritual dan fizikal.

 

050516 HERNIE7 ICC

ANTARA jemputan-jemputan khas yang terdiri daripada duta besar dan diplomat asing dari negara sahabat turut menghadiri Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi.

 

Islam memandang berat terhadap ibadah sembahyang kerana kesannya yang hebat terhadap kehidupan manusia dan secara rohaninya, mengerjakan sembahyang dapat mendidik jati diri sebagai hamba Allah yang tawadhu' beriltizam, beristiqamah dan menepati masa.

 

050516 AMP19 ICC

SEBAHAGIAN jemputan lelaki (atas) dan wanita (bawah) yang hadir pada Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara Tahun 1437 Hijrah/2016 Masihi di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

050516 AMP20 ICC

 

Dari sudut fizikal pula, sembahyang terbukti secara saintifik menyumbang kepada aspek kesihatan tubuh badan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19