Home > Bahasa Melayu
Majlis Santap Tengah Hari sempena Lawatan Kerja PM Malaysia
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghoskan Majlis Santap Tengah Hari sempena Lawatan Kerja Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato Laila Utama Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak bagi Rundingan Tahunan Ke-21 Negara Brunei Darussalam dan Malaysia.
November 24th, 2017 | 11:01 AM | 804 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghoskan Majlis Santap Tengah Hari sempena Lawatan Kerja Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato Laila Utama Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak bagi Rundingan Tahunan Ke-21 Negara Brunei Darussalam dan Malaysia.
Majlis Santap Tengah Hari berlangsung di Baitul Rahmah, Istana Nurul Iman.
Berangkat sama ke Majlis Santap Tengah Hari tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM); Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-At-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.
Juga hadir ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, selaku Menteri Pengiring; Menteri di JPM dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Menteri di JPM dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng; Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah; Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong; Timbalan Menteri di JPM, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud; Timbalan Menteri (Tenaga dan Perindustrian) di JPM, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Jamain bin Haji Julaihi; Timbalan Menteri Kewangan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Hisham bin Haji Mohd. Hanifah; Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof dan Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit.
Menyertai rombongan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia ialah Menteri Luar Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Dato' Sri Anifah bin Haji Aman; Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein; Menteri Kerja Raya, Yang Berhormat Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Yang Berhormat Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar; Ketua Setiausaha Negara, Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa; Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Dato Seri Paduka Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa bin Haji Aman; Ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Datuk Ghulam Jelani bin Khanizaman; serta pegawai-pegawai kanan kerajaan Malaysia dan syarikat milik kerajaan (GLC).
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia berada di Negara Brunei Darussalam selama dua hari.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]